Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Tuesday, March 13, 2012

Mengapa Kau terlalu Kejam!!!

Sepanjang keluar Malaysia, memang tak sempat baca issue semasa yang berlaku kat Malaysia atau Antarabangsa...sebab keluar pagi, balik malam...balik balik terus tidur...bila sampai jer malaysia, guna phone hubby bukak fb, kat wall fb, terpampang berita tentang "Penemuan rangka mayat dibakar: sah milik nurul nadirah"...try buka tapi xleh...my phone lak xleh nak on intenet...packet data xleh guna...so xdpt baca cerita penuh...

pagi ni, tengok MHI, and issue utama sure kisah adik Dirang (nama manja)...menitik air mata ni melihat keadaan ibu mangsa...entah la...tak tercapai akal untuk berfikir sekiranya ak berada dalam situasi ibu mangsa...redha kah ak atau lebih dari itu...kita yang melihat pon dah terasa kesedihan apa lagi ibu adik Dirang...anak yang sebelumnya sempurna, keluar untuk membeli mee segera dan apabila kembalinya kerumah hanya tinggal rangka yang rentung dibakar....
Syurga Pasti tempat Mu
tenang la engkau disana.
apa kah hati pelaku tiada sifat kemanusiaan sehingga sanggup memperlakukan seorang anak kecil sebegitu...apa yang ada difikiran si pelaku??...kejam nya...lagikan kita terlanggar anak kucing pon dah tersentuh hati...ni dibakarnya...Ya Allah, dimana kewarasan akal fikiran manusia tu... yang masih berada di minda ak sekarang, bagaimana adik Dirang di bunuh...adakah nyawanya telah tiada ketika dibakar atau beliau dibakar hidup2?? aduhhhh...kulit kita terkena api sedikit pon dah menitis air mata/ ada yang sampai meraung2, apatah lagi dibakar hidup2...perit untuk difikirkan...

kepada ibu bapa diluar sana, jadikan la kisah adik Dirang ini sebagai ikhtibar dan panduan untuk lebih menitik beratkan keselamatan anak2 anda...jangan mudah membiarkan anak2 anda keluar tanpa pengawasan anda...ak bukan mahu menyalahkan ibu adik Dirang yang membenarkan anak sekecil itu keluar membeli kerana pasti ibunya tidak menyangka pekara buruk seperti ini bakal berlaku dan tempat kejadian juga hanya la disekitar kawasan perumahan mangsa...jadinya, tidak kira dimana anak anda pergi, temani la dia bagi mengelakkan perkara sebegini belaku lagi....

dalam MHI pagi tadi turut diberikan tips2 keselamatan yang boleh diajar oleh ibu bapa kepada anak2 mereka.
satunya, mengingatkan anak-anak jangan mengikut orang yang tidak dikenali...

kedua, beritahu anak anda supaya menjerit sekiranya ada yang cuba menangkap mereka...tapi jangan sekadar memberitahu, tetapi terus praktikkan teknik menjerit yang betul kerana kanak2 ni akan ikut apa yang kita suruh...
kredit mr google: JERIT KUAT KUAT


ketiga, kalau boleh ajar anak cara untuk mempertahankan diri sekiranya ada yang memegang mereka...

doa ak, semoga kejadian seperti ini tidak berlaku lagi dan dijauhkan dari ak dan orang sekeliling ak...semoga kita jadikan kisah adik Dirang, adik Sharlinie, dan adik Nurin satu pengajaran dan iktibar bagi kita untuk lebih memastikan keselamatan anak anak kita..


1 comment:

azzpinky said...

Malaysia seolah2 dh xselamat lagi kan klau untuk budak seusia ini pon org sggup berlaku kejam...btl la kata my hubby: sekejam-kejam manusia mampu lebih kejam dari binatang yg xberakal...