Hambik kau panjang berjela aku punya tajuk entry.
Macamni, anak buah Cik Yah (babysitter anak anak I la) sebelum ni jaga budak.
Tapi ada masalah dengan pihak parents bukan pihak dia.
So dia decide stop jaga anak anak orang tu la.
Sekarang dia tolong cik yah jaga afiq time cik yah ada urusan lain kat rumah cik yah.
Kakak plak lepas 11.30 baru ada.
Selain afiq ada afzan jiran cik yah. Umur 6bln kalau tak silap.
Afzan ni senang sangat jaga.
Tapi afzan ni kadang seminggu dua kali baru parents hantar.
Parents kerja shift. Biasalah kan.
Cik noor ni ada anak sebaya afiq.
Dah boleh berjalan la.
Then sorang lagi anak dia dah 6 tahun. Sekolah dekat pra-sekolah.
Cik yah ni ada buat nasi berlauk ayam, ikan and nasi kerabu jual kat gerai ayah mertua dia.
Biasa aku akan hantar afiq ngan kakak kat gerai tu pagi pagi.
So sekarang dah tak payah sebab cik noor ni dah tunggu siap siap kat rumah.
Jadi cik yah akan takde kat rumah pagi, tghari (amik ngan antar anak anak dia sekolah) & kul 5.30 (time ni aku dah amik kakak ngan afiq)
Jadinya cik yah cakap boleh kot nak amik budak untuk jaga dalam dua orang lagi kot.
Nak tolong anak buah dia ni juga.
So kalau ada yang tengah cari pengasuh untuk anak korang boleh la comment kat bawah. Tinggalkan email or no telefon. Nanti aku contact korang balik untuk bagi phone number cik noor or cik yah.
Kalau korang nak tanya apa apa ngan aku pon boleh.
Cuma kalau tanya macam mana cik yah jaga anak anak aku hampir setahun ni, aku cuma boleh jawab aku puas hati.
Aku anggap cik yah tu dah mcm kakak aku bukan pengasuh anak aku.
Dia memang tak berkira.
Dia agak garang la tapi bukan garang tak bertempat.
Dia marah bila buat salah.
Dia marah bila anak yg dia jaga taknak makan.
Dia tak suka kalau budak budak ni kelaparan.
Afiqah tu kalau ibu dia tak paksa makan nasi memang dua tiga suap je la dia makan.
So kesimpulannya, cik yah memang sangat baik and sangat berterus terang orangnya.
Tapi cik noor aku tak leh nak komen lagi la.
Tapi setakat dua hari dia jaga afiq ngan kakak ok la.
Kakak pon dia mandikan. Sebab dia tak yakin budak budak ni mandi sendiri.
Takut mandi p ramlee.
Kalau aku, lagi suka kot kalau kakak mandi sendiri. Kurang kerja mama.
Dasar mama pemalas.
Ok kalau nak tau apa apa komen kat bawah ye.
3 comments:
Assalam...saya mencari pengasuh untuk anak-anak saya berumur 7 dan 2thn 1/2 di area jalan kebun sila hubungi saya dengan kadar segera
(asma- 019-3299726)TQ :)
Assalam... saya berminat untuk mencari pengasuh untuk anak-anak saya yang berumur 7 & 2thn 1/2 di jalan kebun klang. sila hubungi dengan kadar segera
(asma-019 3299726)
Aqilah pun dah tukar pengasuh.
Hantar ke taska KBS dekat abg tajul
Post a Comment