Assalamualaikum.
Hari Sabtu lepas, jiran sebelah rumah meninggal dunia.
Takziah untuk keluarga allayarhamah.
Semoga roh nya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan
orang orang yang beriman.
Mintak kawan kawan sedekahkan Al-fatihah untuk beliau.
Mati itu pasti, hidup Insyaallah.
Tapi terkilan dan masih terkejut sebenarnya.
Hari khamis pagi, kami sama sama keluar rumah nak pergi
kerja.
Aku nampak kereta dia berhenti tepi jalan.
Dia buka tingkap and macam tengok phone.
Tengahari aku balik rumah, then dekat taman depan ada kereta
polis.
Then aku nampak kereta Persona putih macam terbabas masuk
semak.
Aku nampak plat number, and terdetik kat hati aku yang tu
kereta jiran aku.
Tapi aku tak sure sangat. Lagipon pagi tu kita sama sama
keluar pergi kerja.
Petang tu husband hantar mesej cakap jiran sebelah kena
serangan darah tinggi and now critical kat Hospital Klang.
Korang tau, kereta yang aku nampak tu memang kereta dia.
Dia maybe kena attack ngan hypertension time berhenti and
nak pusing balik rumah.
Time tu lebih kurang 8 pagi.
and orang sedar dia dalam kereta dah kul 11 or 12 lbh.
Kalau la ada yang sedar awal mungkin dia selamat.
Tapi itu janji tuhan untuk dia.
Tapi aku masih di awan awangan sampai sekarang.
Bila lalu depan taman tu aku ternampak kereta dia kat tepi
tu.
Walaupun aku tak rapat sangat ngan dia, tapi terkesan sangat
kat hati ni.
Ajal tak mengenal tua atau muda.
Kalau dah tertulis ajal kita, takkan dapat kita menolaknya.
Aku, kamu dan semua yang masih hidup sendiri tidak tahu bila
kita akan kembali pada pencipta.
Sungguh aku terkesan dengan peristiwa ni.
Benar benar peringatan untuk aku.
Aku stuck dah ni. Tak tahu nak mencoretkan apa lagi.
Banyak yang bermain di kepala namun tak dapat di coretkan di
sini.
Hanya terbuku sahaja dibenak ni.
Ntah la.
Sebelum aku undurkan diri, aku memohon sepuluh jari andai
ada melukai hati sesiapa.
Doakan aku sentiasa ya teman teman.
No comments:
Post a Comment