Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Wednesday, August 21, 2013

Besday Kak Iqah & Jamuan Hari Raya

Ahad lepas (18/08/2013) aku ada buat open house + besday celebration untuk my little princess Nurul Afiqah Humaira. Actually besdaynya Jumaat (16/08) tapi takkan la nak wat time-time tu juga. Lagipon before balik Shah Alam after raya last week dah janji nak wat sambutan abedaytoyou (hepi besday to you) untuk dia. Dia taknak balik Shah Alam. Nak duk umah wan & ki (my parents) dia. Diakan anak wan & ki. Bukan cucu hokey. Kalau aku cakap aku anak wan & ki dia, marah weh. so relakan je la. Dah dia membesar ngan diorang dari after lahir sampai umur 11 bulan. Walaupun dah lama duduk ngan kitorang, tetap dia tak lupa wan & ki dia tu. Sayang sangat.

Sebelum tu macam still fikir fikir samaada nak buat ke tak. Kejap on, eh! esoknya rasa macam tak jadi. Last petang Jumaat en suami nekad nak buat juga. Walaupun still tak tahu nak jamu orang ngan apa.
Hari jumaat keluar nak gi cari makan baru dscussed nak buat apa. Memang gamble punya open house. Bila dah gamble camni for sure la kena masak sendiri kan. Takdenya nak catering bagai. Lagipon bajet tak mencukupi untuk buat catering ye. Jadinya ukur baju di badan sendiri. Masak je la apa yang rasa diri ni boleh buat.

After gaduh banyak n bincang sikit-sikit, we agreed to masak beberapa juadah yang i think not to hard untuk kami buat. Kami ok. Not only me. As i told before, my en suami ni sangat minat and much better than me bab masak memasak. Biasa kalau aku masak kat dapur, ada je dia nak sibuk kacau. Minat sungguh dia bab masak and makan-makan ni. And untung aku sebab kalau malas bab masak memasak, serah je pada dia. Dia mesti dengan rela hati melangkah laju ke dapur. Tengok body la beb. Hahaha. Tercabar laki aku kalau baca ni. Nanti mesti bising kat aku nak diet, nak kurus. Katanya nak buktikan kat aku yang sebenarnya dia ensem tau. Lagi katanya, sekarang pon boleh kalau nak buktikan (ngorat awek) yang dia tetap ensem. Gila perahsantan laki aku weh. Lagi perahsantan bila ada ofismate aku (chinese) cakap dia babyface and sweet. Kombang buntot dia dengar. Wallaweh, aku yang dengar cair taik telinga. Hahaha. But takpe. Aku layankan je la.

So semalam kami menjamu tetamu dengan beberapa juadah.

- Nasi Beriani
- Ayam Masak Merah
- Gulai Dalca
- Laksa Kuah Merah (Masak) Terengganu Style
- Nasi impit instant
- Rendang Ayam
- Tembikai
- Kek Abedaytoyou Kak Iqah (Walnut Cake & Rainbow Cake)
- Air Anggur

Walnut Cake (atas) and raindbow cake (bawah)
dua-dua pon yummehhhh!!!

Juadah untuk tetamu.


Sangat puas hati dapat menjamu keluarga, rakan-rakan dan jiran. Kak Iqah pon happy sangat dapat potong cake. Semalam kul 6.30pagi dia dah bangun. Langsung tak tidur siang. Main je. Ye la, ramai orang boleh ajak main. Balik yang ni datang plak yang ni plak. Sampai muka dah tak nampak rupa. Dah la aku suh tukar pakai gaun dia taknak. Seksi katanya. Nak pakai T'shirt Ana Muslim. Siap nak pakai tudung lagi. Muslimah sungguh anakanda ku ini. Sejuk perut mama mengandungkan Kak Iqah.

Aku ni gambar pon harap belas ihsan sedara ngan kakak aku je. tak sempat langsung nak snap gambar. Busy weh. Kul 12 orang dah start datang pon aku still busy keluar gi kedai cari cake untuk Afiqah. Mula tak nak beli cake tapi sebab dah janji and takut kakak aku tak bawak cake tu yang pergi beli jugak tu. Lagipon semua buat sendiri. Ngan Afiq nya crancky sebab nak tido. Tu yang kelam kabut sampai lupa semua benda. Thanks kepada semua yang sudi hadir. Maaf kalau ada kekurangan dari kami sekeluarga. Insyaallah tahun depan kalau ada rezeki lebih boleh buat open house yang lebih proper and jemput lebih ramai kawan-kawan.

Kat bawah ni jela gambar yang aku ada. huhuhu. sedehhhhhh.



1 comment:

safurara said...

sedapnya kek pelangi~ nk buat jugak utk buffday princess nanti.hehehe