Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Monday, August 5, 2013

Cerita Ceriti Sebelum Balik Kampung Lusa

I is jealous dengan orang yang dah sampai kampung tercinta untuk sambut hari raya.
Aku masih di office mengadap kerja yang tak pernah berkesudahan.
Tapi sendiri faham la kan. Kalau badan je kat office tapi jiwa raga semua dah kat kampung.
Tengok kerja pon rasa nak muntah.
Kebetulan plak boss dah ke oversea for holiday.
But still aku cuba siapkan yang urgent dulu. So bila dia balik, xde la bengkek je kerja aku tak siap.

Skang ni menyesal plak bila gatal tak amik cuti awal macam orang lain.
Kalau tak dah leh cuti sakan.
Tapi sebab nak amik cuti lebih after raya, so kena berkorban untuk balik kampung lambat.
so kita enjoy.

Tahun ni semangat plak nak beraya kat rumah sendiri.
Tahun lepas memang takde langsung preparation nak terima orang datang beraya kat rumah.
Dari last week buat operasi.

Last week

Pagi Ahad last week, bangun pagi en suami semangat clear kat porch.
Sapu itu ini. Tapi aku tengok dah kelam kabut balik macam asal je. Kui3.
Pagi tu memang bersungguh la en suami membasuh lantai semua.
siap basuh Afiqah skali. padahal baru dah mandi tu.
Aku lepak ngan Afiq depan TV.
Lepas dia dah settle and tumbang ngan Afiqah and AFiq, aku plak start operasi clear ruang tamu.
Basuh tikar, mop lantai, lap segala habuk, buang apa yang tak perlu.
Akhirnya clear ruang tamu aku.
kerusi semua aku kasi alih. Memang lapang ruang tamu aku.
Nak buat macam mana, rumah konsep caca marba.
So tengok macam hodoh gila.
Ingat nak pergi cari karpet, tapi en suami taknak sebab dia kata leceh ada karpet.
so pakai je la tikar lama tu je ye.

Semalam

Semalam, bangun sahur aku tak leh tido.
Terus kumpul segala baju nak basuh, kasi masuk dalam machine.
Lepas tu aku mulakan operasi kasi clear dapur and ruang makan.
Mak aih, penat dia tu menguji betul.
Tengok air time basuh tangan pon dah rasa terliur. Parah betul.
So semalam berjaya clearkan dapur, ruang makan and bilik stor.
Tapi bilik stor en suami yang kasi clear.
sebab nak masukkan peti ais lama dalam tu.
ruang makan plak aku kasi pusing kedudukan meja makan.
sebelum ni aku kasi tolak je meja ke dinding.
Kali ni kena mak sure semua kerusi boleh digunakan.
Dah settle semua, berehat la sampai kul 4.
Tapi aku tak de nya tido.
just baring-baring layan episod final MISIKU KUZA yang aku terlepas tengok Isnin lepas.
Nak sambung mengemas dah tak larat.
Padahal ada dua bilik ngan ruang family yang belum settle kemas.
Balik umah tengaharini la aku kasi clear sikit-sikit.
Habis je cerita MK terus kejutkan en suami sebab nak keluar pergi cari air botol nak bawak balik kampung.
Settle untuk hari Ahad.

Harini punya cerita?
Buat la kerja selagi tak cuti.
Tapi aku ngan Afiq tak sihat plak harini.
Aku ni batuk ngan selsema menyerang.
Afiq plak pengasuh dia cakap demam plak.
Pagi tadi memang rasa badan dia cam dedar.
Tapi sebab aku baru dah mandi, mungkin rasa badan dia panas.
Skali demam betul da.
Dah la batuk tak ok lagi.
Berjangkit dari kakak.
Kakak dah sihat, dia tak ok-ok lagi.
Dah lepas kakak, papa plak batuk. Ni mama plak yang kena.

Aku ni batuk kes jalan dalam hujan Khamis lepas.
Hari Khamis tu, Kak Yah (pengasuh) ada majlis nak kena attend.
sebab majlis melibatkan Sultan Selangor, so kena la pergi awal.
Janji ngan dia kul 4.
Kebetulan en suami ada check up kat KPJ Shah Alam, so dia mc hari tu.
Tengahari after lunch hour dia hantar aku kat opis sebab dia nak guna kete gi RHB Klang.
Nak buat urusan bank ngan KWSP.
Nak jadi cerita, boleh dia tertinggal HP dalam handbag aku.
Kul 3.55 aku dah terpacak kat bawah.
tapi dia tak sampai-sampai juga.
Aku dah risau sebab janji ngan orang ni.
Malas nak mintak tolong ofismate.
Aku pon jalan kaki sampai bus stop kat depan simpang.
Kebetulan tengah berjalan hujan.
Mandi hujan la aku.
Tunggu teksi tak de.
Terus call sepupu kut ada area situ.
Nasib dia ada, terus hantar aku gi umah Kak Yah nak amik budak-budak.
Sekali papa diorang dah ambil pon.
Aku balik rumah diorang lom sampai. Mesti tunggu aku kat opis.
Pak guard cakap aku dah balik. Cari public phone en suami tanya bini dia kat mana.
Lawak-lawak. Sebab main hujan aku pon dah start tak sihat.
Ubat aku memang malas nak makan. Biar recover sendiri.
Boleh tak camtu? Hehehhe.

Ok la. Maybe this is my last entry before hari raya.
Disini aku nak ucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri.
Maaf zahir dan batin kepada sesiapa yang mengenali diri ini.
Hati-hati dijalan raya.


No comments: