Assalamualaikum……
Semangat je ak nak citer pasal tempah baju raya kan. Puasa
yg tinggal taun lepas pon ada sisa lagi nak habiskan. Dah mula citer pasal raya
akan datang. Tapi bukan ak yang semangat nak raya hokey. Tapi orang kat Lembah Kelang ni yang semangat.
Ni cerita dia.
Weekend lepas, lepas balik dari shopping barang Afiqah kat
Carrefour Bukit Rimau, konon pergi Puchong Perdana la. Nak cari tailor jahit
baju nak pakai untuk attend wedding kawan2 (semangat mengalahkan orang yang nak
kawen tu pulak) Sekali, semua kedai kat
situ dah tak amik order. Since 1 May lagi dah tutup tau. Ak macam shock
wehhhhh. Sebab ak memang tak tahu orang sini memang tempah baju raya 4bulan
sebelum. Ak rasa macam, biar benar. Awal nak mampsss. Semangat beras jati cap
kapal layar la. (hape kau merepek ni makcik??)
Disebabkan itu la ak jadi gelabah. Ak nak
antar baju ak kat mana tahun ni? Actually, sebelum2 ni baju ak mak ak yang
jahit. So ak memang tak pernah kisah pon bila perlu antar kain ke tailor semua.
tapi sekarang, mak ak cam malas je nak menjahit. (tapi baju cucunda dia dia
sanggup jahitkan. Kain Afiqah pon dah antar balik kg) Cam last year raya, ak
antar kain kat wife cousin hubby ak kat kg. hmmm… so igt tahun ni nak ubah
selera. Tempah baju kat sini plak. Tapi nampaknya, angan2 tak kesampaian la
kan.
So ak pon called mak ak kat kg tanya, mesin jahit dia ok tak
lagi. Gaya tanya macam ak nekad nak jahit baju sendiri je kan? Xder maknanya. Ak
nak jahit butang baju pon terkial kial. Ni kan nak jahit selai baju. Dalam mimpi
je la mampoooo. Hahaha. Mak ak ni dulu tailor. (tapi anaknya hampeh, tak
mewarisi langsung kehebatan mak) Memang ada kedai. Tapi since pasar (dimana
letaknya kedai jahit mak ak dulu) kat kg ak tu kena roboh, nak wat pasar baru
(skg dah siap pasar baru.) mak ak dah malas nak menjahit. Mesin jahit, mesin
jahit tepi tu (ak tak tahu org pggl apa), mesin sulam pon ada kat umah tu.
Kembali pada cerita mesin ok ke tak kan? Mak ak kata mesin
lom ok. Tapi dia dah panggil org datang repair. So ada harapan la ak suh mak ak
je jahit baju ak tahun ni. Ak ni dari besar tapak tangan kecik sampai la besar
gajah besar, baju2 tradisional ak memang mak ak yang jahit. Dah terbiasa ngan
jahitan dia. Dia pon xyah nak amik ukuran, guna kuasa psikik je tau2 elok
terletak je baju kat badan ak. Bila antar kat orang ni or beli baju siap,
memang macam2 komen ak. Mak ak pon bukan main lg tolong komplen sama. Hahahha.
Baju melayu laki ak pon lom antar gak. Baju melayu lagi la
susah nak cari tailor yang bagus. Sb last year antar kat pakcik kat kg, senget
benget dia jahit. Dah la besar gabak dia buat. (laki kita ni plak memang dah
sedia besar. Paham2 la jadi apa ye) Mak ak membebel kow2 sebab tak puas hati
pakcik tu jahit baju laki ak. Siap cakap, ak memang tak yakin kalau orang lain
jahit, Pak Wahab je yg cantik jahit baju melayu ni. Pak wahab ni tukang jahit
baju melayu kat kg ak. Dia jahit memang kemas n terletak je bila pakai. (kira
leh lawan deen wahab la, nama pon dah lebih kurang) Tapi skg dia dah tak
menjahit kot. Mak ak kata dia jadi pak guard skolah skg. Tapi ak tetap tanya
mak ak time called ritu, xder jumpa pak wahab ke? Siap pesan, kalau mak ak
jumpa pak wahab tu, sila tanya dia jahit tak lagi. Nak antar kain nak wat baju
melayu Ahmad Farehan. Baju nikah laki ak
tahun 2009 tu pak wahab la buat. Dah la laki ak tak gi pon jumpa pak wahab nak
amik ukuran baju, bagi baju melayu ngan seluar ayah ak, pas cakap la suh besar
sini sikit, besar sana sikit. Dah dapat, elok cantik je. (takkan nak antar kat Deen Wahab lak baju laki ak. Kompom upah pon meleleh kan?)
Bila ak citer camni mesti korang kata ak semangat nak raya
kan. Siap dah beli kain semua. Sebenarnya kain2 ni ak dah beli siap2 masa gi
Bandung. Ye la kain2 pasang kat sana, ya ampun cantik2 kan. For sure ak tak
lepas peluang. Siap beli kain cotton sepesen untuk kami 3 beranak. Laki ak raya
tahun ni pakai kain cotton wat baju melayu. Ak tak tahu korang pernah tgk or
leh bayang ke tak kain wat baju kurung jadi baju melayu tapi yang pasti corak
bukan bunga2 la. (laki ak memang selera pelik sikit. Katanya nak lain dari yang
lain.) and kain ni pon laki ak yang pilih. so dah banyak beli kain, takkan nak
simpan. Mesti la kena antar jahit. Ye dak??
Ok la, sebab dah panjang lebar ak membebel baik ak stop kat
sini. Kalau ada sape2 yang baca blog ak ni boleh menjahit or amik upah jahit
baju kurung and baju melayu, sila2 la tinggalkan contact number. Leh ak tempah
baju kat korang. Baikla. TaaDaa.
6 comments:
Aku tak cari kain baju raya lagi..
Susah kan nak cari org jahit.
Nasib baik cik mah aku pandai jahit. haha
ak dah xde shopping kain taun ni...
utk org lain pon xde...
sb dah bg siap2 masa balik dari bandung ritu...
so tahun ni xde la ak ke nilai or jln tar nyoping kain mcm last year..
untung la cik mah masih menjahit...
mak ak ni dah malas...
xtau la klu anak dia wat ayat sadis dia terbuka hati nak jahit balik...
ak pon harapkan mak ak je la...tp kain baju melayu tuk my hero 2 org tu blm cari lagi...bajet tiap2 bulan lari, cmne nk shopping raya lagi...huhuu
nasib baik kitorang senang nak cari tailor..kat kilang ni jer tukang jahit (part time) 2-3 org..tu yg kenal la..tailor langsir pon ada....tp mmg kene hantar cepat..sbb dr bulan 1 tailor dah start amik tempahan..
tu la na...ak pon bajet tiap bulan lari je x dan nak kejar...hahhaa...
kalau x psl beli dah kain siap2 aritu jwbnya kena tunggu pareh dpt bonus la...tu pon kalau ada...huhuhu
best la akak...xde ke yg leh jahit baju melayu kak n sudi terima tempahan...nak gak antar...heheheh
Post a Comment