Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Thursday, May 17, 2012

Cari Tailor Jahit Baju Raya: Semangat Wehhh!!


Assalamualaikum……

Semangat je ak nak citer pasal tempah baju raya kan. Puasa yg tinggal taun lepas pon ada sisa lagi nak habiskan. Dah mula citer pasal raya akan datang. Tapi bukan ak yang semangat nak raya hokey. Tapi orang kat Lembah Kelang ni yang semangat.

Ni cerita dia.

Weekend lepas, lepas balik dari shopping barang Afiqah kat Carrefour Bukit Rimau, konon pergi Puchong Perdana la. Nak cari tailor jahit baju nak pakai untuk attend wedding kawan2 (semangat mengalahkan orang yang nak kawen tu pulak)  Sekali, semua kedai kat situ dah tak amik order. Since 1 May lagi dah tutup tau. Ak macam shock wehhhhh. Sebab ak memang tak tahu orang sini memang tempah baju raya 4bulan sebelum. Ak rasa macam, biar benar. Awal nak mampsss. Semangat beras jati cap kapal layar la. (hape kau merepek ni makcik??)

Disebabkan itu la ak jadi gelabah. Ak nak antar baju ak kat mana tahun ni? Actually, sebelum2 ni baju ak mak ak yang jahit. So ak memang tak pernah kisah pon bila perlu antar kain ke tailor semua. tapi sekarang, mak ak cam malas je nak menjahit. (tapi baju cucunda dia dia sanggup jahitkan. Kain Afiqah pon dah antar balik kg) Cam last year raya, ak antar kain kat wife cousin hubby ak kat kg. hmmm… so igt tahun ni nak ubah selera. Tempah baju kat sini plak. Tapi nampaknya, angan2 tak kesampaian la kan.

So ak pon called mak ak kat kg tanya, mesin jahit dia ok tak lagi. Gaya tanya macam ak nekad nak jahit baju sendiri je kan? Xder maknanya. Ak nak jahit butang baju pon terkial kial. Ni kan nak jahit selai baju. Dalam mimpi je la mampoooo. Hahaha. Mak ak ni dulu tailor. (tapi anaknya hampeh, tak mewarisi langsung kehebatan mak) Memang ada kedai. Tapi since pasar (dimana letaknya kedai jahit mak ak dulu) kat kg ak tu kena roboh, nak wat pasar baru (skg dah siap pasar baru.) mak ak dah malas nak menjahit. Mesin jahit, mesin jahit tepi tu (ak tak tahu org pggl apa), mesin sulam pon ada kat umah tu.

Kembali pada cerita mesin ok ke tak kan? Mak ak kata mesin lom ok. Tapi dia dah panggil org datang repair. So ada harapan la ak suh mak ak je jahit baju ak tahun ni. Ak ni dari besar tapak tangan kecik sampai la besar gajah besar, baju2 tradisional ak memang mak ak yang jahit. Dah terbiasa ngan jahitan dia. Dia pon xyah nak amik ukuran, guna kuasa psikik je tau2 elok terletak je baju kat badan ak. Bila antar kat orang ni or beli baju siap, memang macam2 komen ak. Mak ak pon bukan main lg tolong komplen sama. Hahahha.

Baju melayu laki ak pon lom antar gak. Baju melayu lagi la susah nak cari tailor yang bagus. Sb last year antar kat pakcik kat kg, senget benget dia jahit. Dah la besar gabak dia buat. (laki kita ni plak memang dah sedia besar. Paham2 la jadi apa ye) Mak ak membebel kow2 sebab tak puas hati pakcik tu jahit baju laki ak. Siap cakap, ak memang tak yakin kalau orang lain jahit, Pak Wahab je yg cantik jahit baju melayu ni. Pak wahab ni tukang jahit baju melayu kat kg ak. Dia jahit memang kemas n terletak je bila pakai. (kira leh lawan deen wahab la, nama pon dah lebih kurang) Tapi skg dia dah tak menjahit kot. Mak ak kata dia jadi pak guard skolah skg. Tapi ak tetap tanya mak ak time called ritu, xder jumpa pak wahab ke? Siap pesan, kalau mak ak jumpa pak wahab tu, sila tanya dia jahit tak lagi. Nak antar kain nak wat baju melayu Ahmad Farehan.  Baju nikah laki ak tahun 2009 tu pak wahab la buat. Dah la laki ak tak gi pon jumpa pak wahab nak amik ukuran baju, bagi baju melayu ngan seluar ayah ak, pas cakap la suh besar sini sikit, besar sana sikit. Dah dapat, elok cantik je. (takkan nak antar kat Deen Wahab lak baju laki ak. Kompom upah pon meleleh kan?)

Bila ak citer camni mesti korang kata ak semangat nak raya kan. Siap dah beli kain semua. Sebenarnya kain2 ni ak dah beli siap2 masa gi Bandung. Ye la kain2 pasang kat sana, ya ampun cantik2 kan. For sure ak tak lepas peluang. Siap beli kain cotton sepesen untuk kami 3 beranak. Laki ak raya tahun ni pakai kain cotton wat baju melayu. Ak tak tahu korang pernah tgk or leh bayang ke tak kain wat baju kurung jadi baju melayu tapi yang pasti corak bukan bunga2 la. (laki ak memang selera pelik sikit. Katanya nak lain dari yang lain.) and kain ni pon laki ak yang pilih. so dah banyak beli kain, takkan nak simpan. Mesti la kena antar jahit. Ye dak??

Ok la, sebab dah panjang lebar ak membebel baik ak stop kat sini. Kalau ada sape2 yang baca blog ak ni boleh menjahit or amik upah jahit baju kurung and baju melayu, sila2 la tinggalkan contact number. Leh ak tempah baju kat korang. Baikla. TaaDaa.

6 comments:

Mimie_Zatun said...

Aku tak cari kain baju raya lagi..
Susah kan nak cari org jahit.
Nasib baik cik mah aku pandai jahit. haha

Akma said...

ak dah xde shopping kain taun ni...
utk org lain pon xde...
sb dah bg siap2 masa balik dari bandung ritu...
so tahun ni xde la ak ke nilai or jln tar nyoping kain mcm last year..
untung la cik mah masih menjahit...
mak ak ni dah malas...
xtau la klu anak dia wat ayat sadis dia terbuka hati nak jahit balik...

azzpinky said...

ak pon harapkan mak ak je la...tp kain baju melayu tuk my hero 2 org tu blm cari lagi...bajet tiap2 bulan lari, cmne nk shopping raya lagi...huhuu

Lady Finger said...

nasib baik kitorang senang nak cari tailor..kat kilang ni jer tukang jahit (part time) 2-3 org..tu yg kenal la..tailor langsir pon ada....tp mmg kene hantar cepat..sbb dr bulan 1 tailor dah start amik tempahan..

Akma said...

tu la na...ak pon bajet tiap bulan lari je x dan nak kejar...hahhaa...
kalau x psl beli dah kain siap2 aritu jwbnya kena tunggu pareh dpt bonus la...tu pon kalau ada...huhuhu

Akma said...

best la akak...xde ke yg leh jahit baju melayu kak n sudi terima tempahan...nak gak antar...heheheh