Assalamualaikum semua.
Tak terlambat rasanya nak wish selamat hari ibu kepada semua
ibu ibu tak kira dimana anda berada.
Mesti mommy semua dapat present yang best2 kan dari en hubby
masing2. Me? Nan hado. Hahahha.
Tapi time gi shopping barang2 afiqah, dia hulurkan ak kuali
frying pan . Katanya hadiah hari ibu. Pastu ak tanya sape nak bayar? Jawapan dia sangat menarik. “Kan hari ibu, ibu
la bayar.” Hampeh ke tak namanya? (Tapi last2
dia gak bayarkan.kih3. tapikan, ak ada hutang hadiah besday en hubby. Dah dia
cerewet sangat. Ak nak beli sendiri tak mau. Nak pilih ikut selera dia. Ikutkan
je la.)
Ini cerita basi:
Last week lagi nak story pasal pergi celebrate besday hubby
kat Sunway Pyramid, tapi sebab mood hilang kes tertengok video dera baby tu,
terus ak malas nak update apa2 story. (ak harap baby tu membesar menjadi
manusia yg solehah dan dididik dengan baik oleh orang yang jaga dia sekarang.) Lagipun
bukan ada apa yg best sangat pon nak story. Just selit gambar dua 3 keping. Cukup.hehehhe
tetiba rasa nak makan sushi lg... |
Budak tecik ni behave la gak bila dapat makan.. tapi jangan lambat ye...nanti dia jerit nakkkkkkkkkk.... malu mak nak oi.... |
bergerak macam angin anakku ini... satu pon gambar dia tak nampak muka... |
time ni dah taknak jalan... nak kommmmmm je.... |
Citer Afiqah lak:
Afiqah ni guna Pigeon teats yg kaler kuning since dari baby.
(Mama dia xdpt nak BF dia like mommy lain.) Putting ni, cepat mengembang and
perlu tukar lebih kerap. Sekarang Afiqah ada habit tekan teats tu masuk dalam. Then
dia tonyoh2 nak bagi keluar balik. Disebabkan keseronokan dia wat camtu, puting
tu sampai koyak dan berlubang sangat besar. Cikgu yang jaga kat taska tak
perasan puting tu dah berlubang, and cikgu suruh dia minum milk sb nak tidur
kan. Sekali dia tonggeng, hambik kau, habis basah Afiqah. Menjerit la cikgu
dia.
Puting camni...pict miss Google.. |
Sebab mama n papa terlebih busy, sampai tak sempat nak pergi
beli puting baru, so Afiqah pergi taska bawak satu botol je la.
And now cerita this week/ Sabtu dan Ahad.
Sabtu petang kami pergi Carrefour nak cari botol susu baru
untuk Afiqah. (botol sedia ada satu je yang sesuai digunapakai lagi. Yang lain
dah tahap perlu buang dlm tong sampah je.) Jadi, bila discuss ngan hubby konon
nak try guna glass feeding bottle. (Saja nak kurangkan penggunaan plastic.) Ok,
kami beli la. Tapi tak sampai 10 minit guna, habis berkecai. Botol terlepas
dari tangan Afiqah and jatuh atas tiles. Hehehe. Baik la, percubaan tidak
berjaya.
So semalam, kena la pergi cari feeding bottle baru. Isnin
dah keje. Kalau tak beli weekend kena beli online la jawabnya. (padahal dah
survey pon and terbekenan nak beli stainless steel bottle kat website
OneBabyWorld. Tapi beli online,tak leh terus dapat. Dasar orang kurang sabar.)
Kebetulan kami pergi ke Cheras,(sebenarnya ak dah planning baik punya) lunch
kat kedai ayam kampong kat Valadrome,Cheras so terus pergi OBW kat Bandar Permaisuri.
(Sebelah opis en hubby je pon) Tapi, stock ngak ada la plak. En hubby cakap,
xpe la, beli lain kali. Lagipon sebelah opis dia je pon. Dia mai beli pon
boleh. Tidak tidak tidak. Ak x puas hati kalau x dapat beli hari tu jugak. Dah
alang2 terus ajak pergi HQ kat Taman Permata (ke pertama? Ak konpius.hahaha).
Kat HQ macam2 ada. Dah rambang mata duk sana, sampai laki ku
tensen (Afiqah la, semua benda dia nak touch and wat masuk bakul. Hape dia igt
mama dia tokey balak, main letak je apa kamu nak ye anakku?) and cakap nak
tunggu dalam kete je pon. Sejam ak amik masa duk belek segala hape feeding
bottle yang ada. (ak rasa budak yg jaga pon tensen ngan ak. Bila la minah ni
nak bayar.hahhaa) Ada 3 bottle yang kami berkenan.
1. Pura Kiki Stainless Steel
bottle
2. Stainless steel gak tapi lupa brand (check dlm OBW website xde lak)
Bentuk and rupa bottle tu camni la tapi xde pemegang tu je... Gambar ni dapat dari myBBstore |
3.
Glass bottle.
Weego Glass Bottle yang sangat menarik... Serious jatuh cinta with this bottle... tapi mama ngan papa tak nak take a risk... gambar credit to miss google |
Dan sebenarnya, ak berkenan sangat kat glass bottle tu. Tapi hubby
taknak amik risiko, kalau beli rege mahal2, hancur berkecai sekali lagi.
(walaupun ada review cakap setakat jatuh sikit2 bottle ni susah nak pecah.) so
ada dua lagi pilihan.
Hubby suka pilihan no.2. brand tu sb nampak kemas and ada
silicone cover dah kat luar. (jadi ada penebat haba la kat luar, idak la panas
tangan kan bila nak wat susu) Tapi sizenya just 9oz. yg Pura Kiki tu xprovide silicone cover kat luar and
kena beli asing. (dah la rege cover sikit je lagi nak sama rege ngan bottle.)
Tapi yang ni for 11oz. So papa kata sebab mama nak belanja, so mama choose la
either one mama like. Rege antara dua ni just beza rm10 je pon. So mama kata
amik Pura Kiki tu je la. Try tgk camana. (silicone cover tunggu ada modal lebih ye)
Kenapa kami pilih stainless steel? Sebab xyah nak tukar2
bottle 6bulan sekali.(insyaallah leh tahan sampai afiqah dah tak minum susu lam bottle.)
Bottle plastic pon bukan murah. So kira economi la, xyah nak tukar 6 bulan sekali kan. Lagipon grade stainless steel ni #304 (grade
food yg selamat digunakan and sama ngan bahan untuk wat periuk2 kat dapur tu.)
Tak mudah pecah banding ngan glass (tapi ak lebih suka glass. nampak cantik and tough je.hehehe).
Selain botol tu, ak beli satu lg botol Tommie Tippee. Ni backup sementara ada modal beli satu lg
botol stainless steel. Hehehe. Tapi lakiku kata, meh dia welding je termos besi
kat umah tu wat jadi botol susu Afiqah. Hampeh tak laki ak.
Ok la. Dah tak tahu nak story apa. Taadaa
P/s: Afiqah jatuh katil pagi tadi. Tgk 24h, if xde apa2 baru
lega.
2 comments:
hahaaa...en.Pareh mmg sempoi...
Ak klau Epul wat lawak sengal gitu, trs hilang mood...haha
pareh memang sempoi sokmo...
lawak sengal tu mmg style dia...
mls ak nok sentap2 sb doh biasa
Post a Comment