Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Friday, April 13, 2012

Entry Sempena Anniversary ke-6: How i met him


Peringatan: Ini adalah kisah poyo tuan rumah. So kalau rasa nyampah and nak muntah baca kisah peribadi sila jangan baca. dan Entry ini pastinya agak panjang. Sekian.

Esok our 6 years anniversary…

Dah lama gak rupanya ak kenal en hubby ak rupanya. Actually macam poyo jer nak citer kisah cinta kat blogkan. Padahal dah kawen anak sorag dah pon. Tapi, hati rasa nak crite gak macammana we start knowing each other. Orang kata mengimbau kenangan lama. (bila cerita2 kisah lama ngan hubby mesti nak gelak. And rasa sweet je sb ada benda untuk dikenang together gether.)

Mari kita mula.

February 2006 - The story begin when we join hiking activity at campus. Me one of the committee members (secretary) and kumpul semua nama peserta. Sebab ada sorang mamat ni I/C number dia kodnya 11 (Terengganu) sama ngan ak, so sibukla nak kenal orang sekampung. (yoyo je. Padahal gatal). Before hiking, of coz ada briefing kan what do’s and don’ts time hiking. (Ye la nak naik gunung, bukan nak gi shopping2 kat Bandar. Banyak pantang larang.) Nampak la one guy duk kat tepi sembang ngan pakcik yg akan guide kitorg nnt. Biasa aktiviti outdoor ni, muka sama je join. Tapi kali ni tgk muka lain. Mesti la tertanya tanya. (busy body kekdahnya) So sibuk la kenen2 ngan big boss ku. Rupanya mamat ni la yang senegeri ngan ak tu.

Before we start panjat gunung, kena kumpul tunggu orang lu. So dapat la sembang2 ngan yang lain and ngan mamat tupon x terkecuali. Rupanya parents kitorang sekampung. (semuanya sangat drama). After habis hiking and kami teruskan kehidupan kami seperti biasa. Memang xde tukar2 phone no ke. Bagi frenster nyer id ke (time ni fb x femes lg). Tapi xtau kenapa, muka and nama mamat ni bermain2 di fikiran.

Dia di depan, Aku di Belakang...

Walaupun mcm suka kat mamat ni tapi sb dia cam ignore je ak, ok xpe. Gua x kisah. (ayat cover frust)  So ak hidup mcm biasa.  One day, ak jumpa mamat ni nye frenster. So add la dia. Then msj mintak gambar time hiking. (adakah ini adalah trick untuk berkenalan. Ak pon xpasti. Mungkin yes. Katalah perigi cari timba ke apa ke. Ada ak kesah?) then dia bg email add la YM. Tapi xpenah sekali pon ak nampak dia online. Kalau ada pon bila ak online dia offline. Time tu ak rasa macam, mamat ni memang x suka ak kot. Sampai ak online dia terus off. X pon gf dia marah dia layan pompuan lain. So dia invi kan profile dia dari aknyer YM. (giler psycho ak time ni)

Tapi kalau dah jodoh tak kemana kan.

End March/ Early April 2006 – Lepas hiking memang kita xde terserempak kat mana2 pon. So one day jumpa balik time balik dari lecture. Ak nampak mamat ni baru kuar lab. Then dia pandang ak, dia senyum and ak xtau kenapa ak gi jelir lidah kat dia (ni kes nak cover excited kot. Gila x excited, ko memang suka kat dia tapi x penah sekali pon jupe lps hiking) then dia balas balik and say hye then ak bye.
A few days after that incident, we met again kat lab comp sb nak print out assignment. Dia masuk with his fren and we sama2 surprised bila nampak each other. Then dia landing baik punye tepi ak. Tapi xcakap banyak pon just tanya watpe. Then aknye assignment dah siap print. (rasa nak salahkan printer je. Time ak nak cepat bukan main slow print tapi bila ak nak take time cpt je dia siap. Xbagi can langsung.)

And orang kata bila kali tiga kali dlm masa seminggu ko jumpa dia tu ada petanda la tu (sape ntah kata. Padahal ak reka sendiri). Kali ketiga ak jumpa dia kat café. Terserempak dia nak makan ke nak bg barang kat org and ak ngah wat study grup. Then sembang sikit2 je. Balik je dari study grup, ak terus pegi pinjam pc kwn ak on YM. (lattop ak rosak) and mamat tu buzz ak.

Kami pon berYM la. Tapi sb masing2 pinjam pc orang (pc dia pon rosak. Dia pinjam pc kawan dia. Kan ak cakap kisah kami memang drama habis.) xleh la over wat macam pc sendiri. Boleh tak first time ym dia dah propose ak jd gf dia. Dah la selamba badak tanya ak, “ko nak jadi gf ak tak?”  yang ak lak mcm org kena ubat pengasih leh jawab. “Nak.”. Bangang gila rasa. Siap ajak gi library lagi. Yang tak tahan time tu baru tukar2 number phone. (Ntah2 orang mana guna ID dak tu kenakan ak ke.  Gamble gila kan. Lepas dah offline baru terpk kemungkinan tu semua. Kerja gila sungguh ak. Ni la kalau dah suka. Semua pon jadi).

And date dia propose ak jadi gf dia adalah Tengah malam 14 April 2006. Paginya nak gi library dah dup dap dup dap takut xde orang pon yang muncul kat tempat janji or orang lain tunggu ak and gelakkan ak. (drama swasta sangatkan? banyak sangat baca novel la ni.) Luckily, mamat yang ak suka dari first time ak jumpa dia and ak pendam smpai ke hari ak jumpa dia balik yang muncul. And we have been together until today and dah kawen anak sorang pon.

Jodoh ni datang macam2 cara yang kita tak duga. Before ak ngan Ahmad Farehan, ak ada kawan ngan ramai gak lelaki. Tapi after ak kenal dia, ak leh lupakan semua kisah2 lama ak. Walaupun kami ni tak banyak persamaan and dia ni memang langsung tak romantic, tapi kami boleh blend together sampai dah kawen skg. Sebab dari awal berkawan, dia seorang yang gentleman and berani ngadap mak ayah ak. Tiap kali nak kuar ngan ak, memang dia amik ak kat umah. Xder la kuar sorok2, kantoi kat Bandar ngan mak ayahkan. And so far dia boleh terima ak and sabar ngan ak. (tapi ak tak tahu berapa lama dia boleh sabar. Tapi ak harap selama lamanya la.) Gaduh2 tu biasa la. Asam garam kehidupan.

Harapan ak, semoga Ahmad Farehan sayang Nurul Akma sampai mati and sentiasa ada disisi Nurul Akma. Sebab now, serius ak tak tahu leh manage tak diri ak kalau xder en Ahmad. Sebab ak dah terlalu selesa dia ada ngan ak. Semua ak buat or pergi mesti ngan dia. Kalau dia xnak ikut or x buat kompom ak pon xnak buat. Doakan kami together gether sampai ke sana. Amin.

Inilah kesayangan saya...Sayang Afiqah and Papa Afiqah...


6 comments:

Mimie_Zatun said...

Macam kenal je statement merah kat atas tu..
Hahaha
Tahniah..
Sweet sgt bila kenang balik story love dgn suami ni..
Tapi kalau aku cerita story love aku kat blog,
Ade yg meroyan nnt..

Akma said...

tiru ko punya la...hahhaa...
cerita je la...apa kisah dia nak meroyan ke apa...
itu hal dia...xde kena mengena ngan hidup ko pon...
kalau dia rasa terganggu itu masalah dia...
live ur life la derrr...

azzpinky said...

heheee...ak pon berkobar2 gak nk corat coret psl first time jumpa epul dulu kat blog...tp ak sabarkan dulu, coz nk tggu tarikh kita jumpa dia 1st time kat ice skate tu Ma...hehee

Anah said...

weeewiiiittt.. ehhh, sama skool ke?

Akma said...

mau saya menjadi saksi...bisa diatur...kihkihkih

Akma said...

xsama anah. dia skul civil.