Assalamualaikum.
Cam lama je x corat coret kat blog ni. Sekarang banyak
sangat kerja. This week je, masa banyak
kat luar office. Meeting ngan SPAN, then ada standard meeting kat SIRIM, then
ada discussion ngan our SIRIM’s officer nak revised product cert to new
standard. Nak kena recommend kat depa apa sample nak antar untuk test. Nak
memahamkan standard baru nya, pastu nak kena compare ngan standard lama. Pas
nak kena wat SOP untuk QC department for new product yg boss cakap nak launch
this year jugak. Dengan audit nya yg dijangka next week, ngan my assistant yg
suka suki nak cuti x bgtau. Dah la suka cuti time ak cari dia nak suh wat keje.
Time ak x cari ada plak dia tercongok kat kilang.
Ok, enough talking about work because it’s make me headache.
Actually yg ak nak story ni happened yesterday morning. Tapi sebab semalam my
schedule sgt tight smpai otak tepu xleh wat apa langsung,so arini baru cite. Before
kita start ak kena terangkan sikit working condition ak. Ak ni keje kilang
bahagian quality control. Working hours ak from 8 to 5. Orang admin lak working
hours diorang 8.30-5.30. Tapi disebabkan bilik ak kat kilang xder pc, jadi boss
bagi ak satu meja kat office atas. Lagipon keje ak banyak kena deal ngan orang.
Nak kena cari itu ini, jadi internet agak penting bg ak. (walaupun sebenarnya
lebih banyak mengulor dari wat urusan keje. Hampeh punya pekerja) Jadinya, tiap
hari ak orang paling awal sampai office (tukang bukak lampu and pintu la).
Rutin harian ak pagi2, mesti breakfast minum ais. Disebabkan minum ais ni
jadi sejuk, ak tak terus on aircond. Bila
panas or orang lain datang baru on. Semalam macam biasa ak breakfast, then duk
depan pc, sambil minum air, bukak fb, godek2 sana sini. Dalam hati terdetik,
panas la, tapi malas la plak nak bangun buka aircond. Jadi ak pon teruskan
aktiviti ak tadi. TIBA-TIBA, ak rasa sejuk, macam ada angin tiup. Terus ak
dongak ke atas and tengok, aircond dah on. SERIUS, ak blur sangat2, rasa takut
tu xde tapi lbh kepada pelik. Dalam kepala ak time tu, ak ada bangun on aircond
ke? Rasa macam xde. Xkan ak lupa kot. Ak
recall balik apa yg ak wat dari start masuk pintu, on pc, breakfast, duk dpn pc
main fb, then tgk aircond dah on. Memang ak xder bangun amik remote on aircond.
Lepas tu baru rasa kecut kejap. Dah la sorang2. Tengok kanan
kiri. Terus ak called hubby ak. Dia lak
memang kaki usik orang. Leh plak dia wat lawak ada orang blakang ak. Tp dlm
usik dia cakap, ntah2 aircond tu set timer. So nak sedapkan hati ak, ak positif
kan diri cakap colleagues ak set timer walaupun ak tgk kat remote tu semua
timer off. Waaa..cuak kejap weh. Saje je tau. Lega ak x pernah OT (walau keje
belambak cmn pon, ak xkan OT sb OT pon free. Sekarang xder orang wat keje free
boss. X siap sok gua sambung ok) tapi ak tetap berfikiran positif cakap yg dah
set timer.
Ak ni ada masalah suka baca citer2 mistik kat forum or blog.
(Paling ak suka baca skg blog peejburhan: expose mistik) masa ak preggy kan
Afiqah, boleh kata tiap hari ak baca. Ramai gak marah kata apa baca citer2
gitu. Tapi nak wat cmn, terminat. Tapi ak
xleh dengar orang citer or tengok drama seram2 ni. Ak jadi penakut tahap dewa.
Kalau nak tahu ak takut, ak diam membisu seribu bahasa la. Dan seterusnya tak
pasal2 orang yg tgh cerita tu kena marah ngan ak. Heheheh.
Korang pernah tak kena kacau kat mana2. Sebab ak sedang
berpikiran positif, ak anggap yg jadi semalam bukan gangguan. But masa zaman
sekolah dulu, ak pernah kena kacau. Tapi just dengar, tak nampak. (ak tak mau
nampak or jumpa, boleh pengsan mak oi,..) Time tu ak form 5 and dorm ak betul2
depan tangga. Kt tanggakan ada grill, and memang after prep, (x ingat pukul
berapa) semua kena masuk bilik and pintu grill dikunci. And masa tu, ak
ditanggungjawabkan untuk kunci grill depan bilik ak tu. Dalam kul 2 lbh, ak
terjaga and tiba2 sayup2 dengar ada bunyi orang berlari2 bersuka ria kat koridor,
siap buka tutup pintu grill lagi. Ak dah kecut perut, memang xleh tido. Last2
ak kejutkan adik junior yang duk katil atas ajak tidur ngan ak. Pagi sok ak
tanya dia ada dengar tak semalam. And dia cakap dia pon dengar and yg pasti
pintu grill tu berkunci sb pagi tu ak bangun buka pintu yang berkunci.
Ak banyak gak citer2 menakutkan yg en suami, abg and kakak
ak cerita. Kalau korang ada gak jom la share ngan ak. Ak suka baca citer2
camni. hehehee
1 comment:
isk...xpadan ngan penakut, nk gak lagi tau cite seram org...hehee...cite seram ak kat ofis mu dh baca,kan? terhibur x? hahaaa
Post a Comment