Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Saturday, April 14, 2012

Do we aware bout our children healthy: We are so lucky.


Assalamualaikum semua.

Actually ak tak tau nak tulis tajuk apa. main hantam saja. janji macam best kan. lets start our story.

Semalam sembang2 ngan colleague pasal anak then one of them cakap tentang anak general worker kat kilang ni yang demam panas sampai pengsan. So ak pon ngan busy body nya tanya ngan A ni pasal anak dia. Dia cerita la yang anak dia memang demam and dia just bagi ubat yang ada kat rumah. Tapi suhu badan anak dia tak turun2. Sebab dah malam, dia xde la nak bawak anak dia pergi klinik ke hospital ke. Malam tu anak dia demam panas sangat sampai anak dia pengsan. Yang ak terkejut, dia x take action pun nak bawak anak dia pergi hospital (ada utk rawatan pesakit luar or emergency case) malam tu jugak tapi pagi esok baru bawak pergi clinic. Doc cakap anak dia demam panas.  Pastu, pas balik dari clinic, dia nak pergi workshop baiki motor dia and anak dia yang sakit tu nak ikut. Dia xde tolak and bawak anak dia pergi jugak. Bila dia berhenti kan motor, and parking tiba2 anak dia jatuh pengsan lagi sampai mata dah ke atas. Dia dah panic and mintak tolong orang sekeliling, tapi sorang pon xnak tolong. And dia terus bawak motor bawak anak pergi clinic.
   
Ak ada pandangan ak tentang kisah ni. Ak bagi contoh mak ngan ayah ak kat kampong je la. Bila diorang sakit, seboleh boleh diorang akan elak untuk pergi hospital. Selagi boleh tahan, dia tahan. Paling teruk, pergi farmasi beli ubat. But untuk terus pergi clinic macam sesuatu yang mustahil berlaku. My mom, hari tu sakit smpai xleh bangun pon xnak pergi hospital, tapi sebab kena paksa ngan anak2 and sakit sangat dah tak leh tahan baru setuju nak gi hospital. Sb apa perkara macam tu berlaku? Sebab bagi diorang, macam la doc tu tahu semua benda. Kalau pergi jumpa diorang pon diorang yang tanya kita sakit apa. So bila sekeliling kita dah mcm ni, anggap sakit sikit2 ni perkara biasa, then kita pon akan terikut sama. Macam ak dulu, sama gak macam mak ayah ak. Ala, demam2 je pon. Bukan sakit apa pon. Tapi bila kita semakin terdedah ngan teknologi and persekitaran yang mementingkan penjagaan kesihatan. Sedikit demi sedikit akan merubah perspektif kita tentang sesuatu perkara.

Dengan dunia sekarang yang macam2 jenis penyakit, virus dan wabak, rasa risau dan takut perkara yang tak diingini berlaku pada keluarga menyebabkan manusia lebih aware dan terus amik tindakan segera bila sakit walaupun hanya demam biasa. Dengan konsep dunia di hujung jari, pelbagai maklumat dan info yang berguna dapat diperolehi dengan mudah. Just type kat search box kat miss google or mr yahoo or lain2 agen carian, macam2 benda kuar. Dari yang baik dan logic ke yang negetaif dan langsung tak leh di terima akal. Tapi itu kita yang memang sangat advance dgn dunia IT ni. Tapi berlainan bagi mereka yang hanya berada di kelompok mereka sahaja. Dan mereka ini biasanya suka merujuk kepada petua petua lama yang kadang2 berbeza bagi setiap kaum yang wujud di dunia ni. Dan petua ini, kadang2 adalah sangat bertentangan dengan fakta dan hanyalah mitos semata mata.

Contoh kalau dulu2 kita demam, mak kita memang xkan bagi kita mandi dan suruh kita duduk dalam selimut tebal bagi kita berpeluh. Tapi berlainan dengan cara saintific (saintific ke? Hentam saja la labu.) Bila ke clinic dan suhu badan anak terlalu tinggi, doc atau nurse akan mandikan anak kita dengan air sejuk bagi menurunkan suhu badan mereka.Siap suh jangan bagi anak pakai baju tebal lagi (xyah pakai baju lagi bagus) untuk nak cepatkan penurunan suhu. Kan lain tu caranya.

Tapi ibu2 muda sekarang memang sangat prihatin tentang kesihatan anak2 mereka. Tengok je la blog2 mommies semua, macam2 info leh dapat. Jadi bersyukur la kita diberi kelebihan tentang ilmu2 ni. Sebab tak semua orang bertuah macam kita. Selamat berhujung minggu semua. Taadaa.  

No comments: