Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Saturday, July 13, 2013

Ramadhan ke dua dan ketiga

Assalamualaiku..

Hari ini dah empat hari kita menjalani ibadah puasa. Alhamdullillah setakat ini berjaya mengharungi dengan tenang dan tabah. Syukur. Belum ada lagi drama terbaring lesu atas katil. Lepas tu buat alasan tak larat masak. Sahur pon masih tak terlepas. Biasanya awal-awal ni memang la semangat lebih. Takut kalau tak sahur, tak larat pulak. Katanya. Tapi start pagi ni aku dah tak makan nasi sahur. Just sahur oat ngan meratah sup sayur lebihan buka puasa. Tu petanda ada harapan sahur minum air kosong je la nampaknya. tapi insyaallah tetap akan bangun sahur. Encik suami saya kena makan sahur. Nanti takut dia tak larat plak. Kalau dia duk office je takde masalah. Tapi dia ni kerja banyak gerak sana sini. Penat tau bila masa banyak habis atas jalan raya. Aku ni takpe la kerja memang dalam office. Even duduk kat kilang pon office aku beraircond jugak. Tengahari memang balik rumah. Boleh la relax sambil tengok tv. Penat sangat siap boleh tidur lagi.

Sepanjang tiga hari lepas, berjaya masak sendiri untuk juadah iftar. Kaki ni belum sempat lagi melangkah ke bazar. Belum datang mood nak beli makanan luar walaupun kuih semata-mata. Air dah pernah beli luar. Kebetulan pergi kedai runcit beli sayur untuk masak berbuka nanti. Kedai makan sebelah ada jual lauk pauk, kuih muih dan air. Tanya encik suami nak minum air apa? Dia tak kisah. So aku beli la air kelapa rm2. Skali tengok budak tu keluarkan plastic yang kalau kita beli kat bazar yang budak slalu ikat tepi tu. Harga RM1. Ini aku nak RM2 tapi bagi plastic besar tu. Terus aku tanya adik yang jaga.

Aku: Besar ni je ke plasticnya?
Adik Kedai: Iye kak. Ni je plastic yang ada.
Aku: RM2? Takde yang besar lagi ke?
Adik Kedai: A'ah. RM2. Saya tak tahu la kak. Ini je bos letak sini. Sambil muka sengih-sengih.
Aku: Okey la. Kecik pon kecik la.

Mula rasa macam taknak beli, tapi fikir balik, beli je la. Kot sedap airnya. Berbaloi la beli RM2 walaupun kicik sangat bekasnya. Sekali minum time berbuka....dah aku serik beli air kat kedai tu lagi. Baik aku beli air kotak or botol je. Tak pon minum je air masak. Rasanya dah serupa minum air kosong sejuk. Hmmmm..Tak rasa langsung manis or air kelapa.  Takpe la. Semoga perniaga yang meniaga di bazar lebih ikhlas dan jujur dalam berniaga. Jangan terlalu fikirkan keuntungan sampai pelanggan yang jadi mangsa. Orang macam aku ni tak kisah walaupun kena bayar mahal sikit tapi hasil yang kita dapat biarla memuaskan dan berbaloi dengan nilai yang kita bayar. Sedih kalau tengok orang berniaga fikir untung je. Jual makanan yang dimasak macam masak guna kaki je gayanya.

Semalam tak sharekan lauk berbuka hari kedua. Lauk memang simple mimple je. Tapi maybe leh bagi idea kepada mommy yang pening duk fikir apa nak masak berbuka nanti.

Maaf la presentation ke laut.
Takde beria keluarkan pinggan cantik-cantik.
Makan berdua je katakan..


Juadah kami ialah Tumis (masak air) Labu air, Bawal goreng, Budu (orang ganu la katakan), tembikai and air kepala tawar. Alhamdullillah, licin en suami makan. Siap menambah lagi. Tekak kampung kalau dapat lauk macamni memang tak pandang kiri kanan la.

Semalam plak aku masak Daging Masak Merah (sambal), Sup sayur, Sambal mangga ikan, Onde- onde and air laici.
sup sayur

daging

onde onde (buah melaka)

sambal mangga ikan
Semalam rezeki lebih sikit. Babysitter Afiq ngan Afiqah (K.yah) bagi kuih onde-onde ngan sambal mangga ikan. Ya allah, sedap sangat sambal  tu. teringat sambal mie buat. Memang terbaik makan ngan sup sayur ngan daging. Tapi kalau dapat lauk dua hari lepas tu lagi terangkat la. seperiuk nasi pon habis. 

Harini tak tahu lagi nak masak apa. Balik kerja baru bincang ngan encik suami. Tengok dia terasa nak makan apa. I follow je. Sebelum menutup tirai entry harini, nak tunjuk gambar terbaru afiq amsyar and afiqah humaira.

Kak Iqah sekarang mesti nangis sambil cakap mama tak sayang dia.
Bila mama cakap mama sayang la kakak.
Dia akan dia and cakap sayang erk?

Ini budak makin besar makin muka papa.
Tapi sanggat attach dengan mama.
pantang mama gerak mesti nangis.
Mama nak gi keje pon dah pandai nak ikut.
Papa ngan kakak takde plak dia nak ikut. ayork.



1 comment:

Mimie_Zatun said...

Ak smpi skrg x jejak lg bazar ramadhan
Berbuka n sahur wajib masak.
Abg tajul mesti kena sahur kalu x kena angin..
Hehe