Alhamdullillah, semalam berjaya menghabiskan puasa ke penamat. Walaupun di awal pagi rasa lemau, lembik sebab ngantuk tak cukup tidur tapi perasaan lapar dahaga langsung tak berjaya melemahkan jiwa. Maybe dah terbiasa tak makan di siang hari, lapar dan dahaga bukan isu utama. Tapi nak mengawal diri dari hawa nafsu mata telinga dan mulut tu yang mencabar sikit.Aku ni suka duk berkuntum kat forum. baca macam-macam isu. So bulan puasa kena la kurangkan baca isu yang tak berilmiah. Kena duduk kat bod agama je selama sebulan.
Korang berbuka apa semalam? Mesti bestkan? Biasa la hari first puasa mesti semangat je kan. tak kira la yang masak ke or beli kat bazaar. mesti meriah je atas meja. Aku semalam takde la beria sangat masak. Masak main dish based on hubby nyer request. Semalam dia request sup tulang. Untuk side dish aku ada dua jenis iaitu goreng kangkung sos tiram dan telur dadar lobak asin. Air plak soya kotak yang memang dah sedia ada dalam peti ais. Simple tapi menjilat
Laki ku antara feveret dia ialah sup tulang. Tapi faham je la kalau nak masak tulang nak kasi empuk betul-betul memang makan masa. Sebelum ni kalau nak lunch sup tulang, pagi-pagi lagi dah start merebus tulang. Memang dua tiga jam atas dapur. Bukan je makan masa, tapi membazir gas lagi ada la. Lakiku kata kalau macam ini gayanya memang sup tulang masak weekend je la. Sedeh je bunyinya. Then sehari sebelum puasa kami pergi giant nak beli diapers ngan susu anak. Tetiba nampak pressure cooker 4L jenama ntah pape rege RM59.90. Ini yang manual tengkek atas dapur gas. Bukan electric punya ya. Dah lama dah lakiku ini bersungut nak cari pressure cooker tapi macam mahal sangat katanya. (Aku malas la nak cakap kat dia camni. "Ai bang, mesin pancing ngan joran beribu boleh beli. Takkan pressure cooker harga seratus dua takleh beli." tapi cam kejam je bunyinya.) Hari tu bila jumpa yang bawah seratus terus dia beli je. Satu lagi alasan dia taknak beli yang mahal takut beli tak guna. Tu tuju ke aku la tu. Semalam rasmikan la. Tengok macamana performance pressure cooker tu. Alhamdullillah sangat success. 45minit dah empuk tulang ngan daging. Like sejuta kali. Walaupun murah and takde jenama tapi sangat membantu aktiviti memasak saya dibulan puasa.
Tapi yang lawak, aku ni kan ulu sikit. Mana reti guna pressure cooker. Padahal umah parents aku ada je. Tapi sebab aku kurang cakna (ambil berat) tu yang blur je bila nak guna. Kelam kabut aku tutup api bila dengar bunyi wap keluar dari pressure cooker tu. Rasa bodoh gila time tu. Pastu bila nak buka takut meletup. hahaha. So aku stopkan then aku google camana cara nak guna pressure cooker. Sedeh sungguh nak guna pressure cooker pon siap google. Nasib aku tak kol mie aku tanya. Kalau tak memang kena gelak la. Rupanya aku kena masukkan dulu semua bahan kasi sedap, tunggu didih baru tutup. Lepas dah tau terus konpiden nak guna. Walaupun sebelum tu aku rasa betapa bodohnya diri ini, benda simple camtu pon tak tahu tapi takpe atleast aku tak terus membodohkan diri sendri and try to get info kat tenet. so semalam aku dah dapat new knowledge. Clap clap clap untuk aku.
Petang ni korang masak apa? Aku dah ada idea nak masak apa petang ni. Still lagi simple dish tapi bakal menjilat ibu jari
Ok la nak sambung kerja plak. Tadi pening mengadap nombor. tu yang curi masa tulis entry. hehehe. SElamat berbuka ye korang. Kalau ke bazaar ramadhan jangan membazir ye. BYe. see you next entry.
No comments:
Post a Comment