Followers
Monday, November 26, 2012
Peringatan!!! Pencuri Di Majlis Kahwin
Korang, aku nak ingatkan korang semua yang akan buat majlis kahwin ke, cukur jambul ke, majlis berkhatan ke rumah terbuka ke, and majlis tu semua dibuat dekat rumah sendiri, (sebab kalau dewan, pencuri tak tahu nak curi apa, tapi kemungkinan tetap ada. biasa bag tetamu la jadi sasaran.) sila la berhati-hati ye. Kalau boleh barang berharga biarlah seorang yang sangat dipercayai menjaga. yang diberi amanah, sila la kelek and kepit kemana saja amanah yang diberikan pada anda. walaupun rasa cerewet macamana sekalipon. sebab ada manusia yang memang kerja or habit dia adalah mencuri and tunggu masa je nak ngap barang-barang berharga tu semua bila ada peluang.
Lagi menakutkan bila bukan je barang berharga yang jadi sasaran, tapi anak-anak kecil pon kalau boleh diorang nak culik. memang GILA sangat. Yang ada anak kecil, make sure anak anda ada yang menjaga, sebab takut ada yang hati hitam dan dasar manusia busuk yang ambil kesempatan untuk bawak lari anak anda. sekarang kan banyak sindiket jual budak or perdagangan manusia. sebab masa kenduri kawan aku last weekend, bukan je PENCURI tu nak curi barang, tapi siap cuba CULIK baby umur 2 bulan. anak buah kawan aku tu. YA ALLAH. aku tak tahu la kalau diorang berjaya larikan baby tu. taknak bayangkan apa nasib baby tu. Alhamdullillah, baby tu masih dilindungi and ada yang sedar ngan perlakuan orang tu.
Bila kawan aku share kat FB apa yang jadi, colleague aku pon ada story yang sama. and yang mengejutkan aku, modus operandi si PENCURI tu sama weh. Bawak budak kecik (kurangkan syak wasangka orang. takkan la bawak anak pon sanggup buat kerja jahat) and mintak izin nak tumpang SOLAT. Kawan aku tu, masjid sebelah umah dia je pon. Tapi bila masing-masing busy and dah ramai-ramai orang takde nak fikir bukan-bukannya. Yang colleague aku tu plak, duit yang orang kasi kat mak ayah pengantin, habis semua kena kebas. Bila ada yang tegur tanya dia sape, siap buat kecoh macam dia tuan rumah, last-last hilang macamtu je, cabut lari. memang hebatla, tak sempat nak tangkap. ni memang jenis dah biasa buat kerja mencuri la tu.
so korang yang bakal buat majlis hati-hati tau. tak kira la korang kat negeri mana sekalipon. sebab memang ada manusia jahat yang memang kerja dia mencuri. sebelum buat majlis besar, pastikan planning keselamatan dah bincang siap-siap. maybe boleh agihkan tugas untuk ahli keluarga orang ni jaga barang-barang. orang ni jaga budak kecik. ye la, buat majlis besar, memang semua pon akan busy. and kalau ada yang nak tumpang solat tu kalau boleh tak yah kasi la kalau korang tak kenal. suh je diorang solat kat surau or masjid. kampung mana yang takde surau or masjid? mesti ada la walaupun hanya surau kecil. walaupun muka orang tu nampak baik, sopan santun and bawak anak, tetap jangan mudah percaya ok.
semoga kita dijauhkan dari manusia berhati busuk and jahat macam ni. Yang paling lega, bila dengar baby tu selamat.
Saturday, November 24, 2012
Bersalin Dimana Yer?
“Walaupun nak bersalin kat private, tapi ada apa-apa hal diorang refer ke GH gak. Nnt antar ke GH gak. Kalau takde buku pink, nanti nurse marah.”
- Selangor Vs Terengganu – ak tengah berkira-kira nak balik kampung. Nak bersalin kat sana, sebab aku nak anak aku lahir kat Terengganu Darul Iman. Dulu AFiqah dah bersalin kat Putrajaya. So IC dia dah IC Putrajaya. Sebab mak pak orang ganu, kalau boleh biar la anak pon lahir kat ganu. Lagipon jadi anak ganu ni banyak kelebihannya. Bila memikirkan kelebihan sebagai anak Ganu, itu yang berbolak balik hati ini. Tapi kalau nak bersalin kat ganu, kena la cuti awal. Xkan la dah rasa sakit nak bersalin, baru nak gerak balik kampung. Aku belum lagi bincang ngan boss aku. Kalau dia ok nak lepaskan ak at 38weeks or 39weeks, boleh la aku bersalin kat ganu. tapi better at 38weeks dah cuti la. sebab time Afiqah dulu masuk 38 minggu dah bersalin. Walaupun orang cakap lain anak, lain cara. Tapi kemungkinan untuk bersalin seawal 38 minggu tetap ada. Hmm..pening makcik pikior.
- Kemungkinan kena czer – banyak sangat cerita cakap if kat private diorang kalau boleh nak kita czer. Aku ni kalau boleh nak bersalin normal la. biar sakit time bersalin, dari sakit lepas bersalin. Kalau orang cakap, best r dapat bersalin czer, orang tu memang silap besar weh. Yang lagi bangang pernah sekali aku baca kat mana ntah. Rasanya FB sorang akak ni, dia kata ada kawan dia kata orang bersalin czer, tak terhapus dosa dia macam orang bersalin normal. Bodoh gila orang yang cakap camtu. (bukan akak tu, tapi kawan dia yg cakap tu) Dia sedar tak, xkira la czer ke normal ke, tetap bertarung nyawa. Yang bersalin normal, lepas bersalin, hazab sakit tu dah hilang. Yang kena czer? Perut dah la kena belah. Habis ubat bius, tau la macamana sakitnya. So memang aku adalah prefer normal. Lagipon keadaan sekarang, doc (private) macam bagi hint kat aku yang kemungkinan untuk kena czer adalah tinggi. dari weeks 28 lagi dah suh aku bersedia if ada bleeding even sikit. Alhamdullillah, until now still xde tanda-tanda tu. Kesinambungan dari kemungkinan kena czer is adalah duit.
- Duit – suami aku cakap duit bukan masalah. Aku decide la aku nak bersalin kat mana. If kena bersalin czer sekalipon, dia tetap akan bayar. Tapi masalahnya sekarang ialah AKU. Walaupun duit en suami yang keluarkan tapi effectnya tetap pada kami semua. Bagi aku, dari aku membazir duit bayar cost bersalin sampai lebih rm4k if bersalin czer, baik aku simpan duit tu buat benda lain. (leh aku pow laki aku buat cabinet dapur yang bertangguh tu) Kalau kena czer kat gomen pon, baru berapa je kan. Kalau normal lagi la murah. Macam bersalin AFiqah dulu kat hospital Putrajaya, normal baru rm440. Xke banyak beza tu. kalau czer pon, ak rasa cost paling tinggi pon rm2k la kot kat gomen. Lebih kurang ngan bersalin normal kat private. So point disitu kuat menyatakan, baik aku bersalin kat GH je.
- Bad review – tapi bila pikir balik, aku macam takut nak bersalin kat GH. Sebab kalau bersalin kat GH kali ni, aku rasa kat Hospital Klang la kot. Banyak weh cerita tak best aku dengar. Kalau bersalin kat Hospital Putrajaya, aku memang terbuka hati and terus decide nak bersalin kat gomen je. sebab aku memang dah ada pengalaman bersalin kat sana. Dulu memang dekat la nak bersalin kat Putrajaya. Sekarang dah pindah Shah Alam, jauh nak kejar ke sana kalau tetiba nak terbersalin. So GH paling dekat mestila Hospital Klang. Makcik takut weh bila dengar Hospital Klang. Terus ketar lutut. So terus terpikir nak bersalin kat private lak. Kalau confirm balik Ganu, aku nak bersalin kat hospital hulu je. malas la nak pikir apa private hospital yang ada kat sana. Lagipon syarat private hospital or clinic semua kena ada record at least sekali atau dua kali check up kat tempat dia. Kalau ada yang pernah bersalin kat Hospital Klang nak komen, sila la drop your komen kat comment box di bawah.
Thursday, November 22, 2012
Congratz and Boycott..
Tuesday, November 20, 2012
Risau: Maybe ada yang sudi bagi pendapat
Thursday, November 15, 2012
Selamat Tahun Baru: Cerita Awal Muharram
Friday, November 9, 2012
Luahan Rasa Je ni...x Suka x Yah Baca
Xtau la patot ke x cerita kt blog bout ni. Tp ak jd sakit hati ngan beberapa org dlm keluarga ak ni. Ak tau la laki ak ni baik, x pnh ckp x klu org mintak tolong. Tp ak dah naik segan dah ngan lakiku ni.mcm diorg ni amik ksmptn lak ngan kebaikan dia.
Bayangla,ayah dia ngan adik dia pon jrg sekali nk mntk tlg dia. Ni org lain lak lebih2. Bila ada family ak yg skt2 cari dia. Mntk dia tolong itu ini, bl ak tau ak akan marah2. Then kitorg akan gaduh. Sb dia mesti ckp kt ak, org tu bkn susahkan ak pon, tp mntk tlg dia. So ak x yah nak tensen2.
Dia mmg takkan paham knp ak angin. Sb ak malu asyik2 ada je family ak yg nak susahkan dia. Klu laki ak ni pon mmg jns suka sshkan diorg ak xde hal. Masalahnya,dlm 100 diorg cari laki ak, 1 pon lom tentu laki ak cari diorg.
Bukan kata tak leh mntk tolong tapi agak2 la.ada orang lain yg lbh dkt ngan ko, nape kami jugak yg korg nak cari. Yang lagi ak bengang, adik dia yakni adik ipar ak yg sorg tu pon nak mntk tolong ngan abg dia pon teragak2. Serius ak malu weh. Ntah apa kata family mertua ak.mesti kata ak queen control laki. Padahal,ak dah naik tensen.siap gaduh2 kami laki bini sb diorg2 ni. Nyampah2.