Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Wednesday, September 26, 2012

Luahan Rasa: Antara Keperluan & Kehendak


Assalamualaikum semua.

Kepala ni serabut sebenarnya, sebab ada la sorang colleague ak ni, dia m2b. First baby. Maybe she’s excited satu hal, tapi yang buat ak geram tu, ada je sungutan dia. Everyday ok. Kadang ak geram, ak wat tak tau je. Dia tanya pon ak jawab main2. Hahaha. Jahatkan ak?

Arini yang buat ak geramnya, dia duk bising2 takut tak cukup duit bila dah ada baby nanti. Dia tanya ak, how ak manage my money semua kan. So ak bagitau la sekian sekian. Husband ak bayar apa, ak bayar apa. Dia pon start la calculate dianya money flow now and the future. Ak ni xleh, kalau ko cakap ko tak mampu, tapi ko still lg nak maintain ko nyer lifestyle yg serba mewah. Cakap bil letrik tinggi. (Memang la tinggi kalau dah ko guna aircond sampai dua biji kat umah.) Lagi mau cakap banyak ngan ak.Cakap pakai otak la beb. Berangin je ak. Klu ko nak macam tu, please jangan cerita atau bersungut depan ak. Memang ak sound je. tak yah la pakai aircond. Dah tau ko kena bayar bil mahal, nak maintenance lg.

Then dia cakap,” nnt dah ada baby, milk powder nak kena beli. Atleast 2 tin besar sebulan. Tu dah atleast rm150.  Diapers lagi. Tu dah RM200 sebulan. Insurance lgi. Nak kena pasang aircond kat umah mak (sb nanti mama dia jaga anak dia) Ayork, you have choice la. Yes, every parents nak the best untuk anak dia. same goes to me. But please ukur baju dibadan sendiri. Untuk ak, ak tak kisah nak kurangkan kehendak ak for my baby sake. So, me and hubby saling cover mengcover if masing masing tak cukup duit atau apa janji Afiqah cukup makan minum, and keperluan harian dia tak putus. 

Kalau ikut hati and nafsu, macam2 benda ak nak beli. Orang pakai gadget mahal2, ak pon teringin. Tapi bila fikir balik, lattop yang ada kat umah pon kadang2 sebulan sekali baru on. Astro yang channel banyak2 tu pon jarang skali tengok. Ni lagi mau ada benda2 canggih. Takpe la. tunggu ak dah betul2 banyak duit lebih baru fikir nak beli ke tak. Then bila tengok umah orang besar, hati pon teringin nak rumah besar. Tapi ak ngan hubby serious tak sanggup nak bayar sampai lebih RM1K sebulan. So sebab tak sanggup, kena la cari umah kecil je. (banyak lagi benda lain nak kena guna duit) Janji ada rumah.  And selesa untuk kami bertiga and next berempat. Lagipon dapat beli rumah sendiri pon dah syukur sangat. Sebelum ni tak terfikir langsung nak ada rumah sendiri sebelum umur 30 tahun.

Tapi lain orang lain fikir. Ko cakap apa pon, kalau dia sendiri tak nak ubah hidup dia, xde apa kesan pon. Buat bazir air liur je nasihat. Kan?  Berlainan lak ngan sorang sahabat ak ni. last week dia datang umah ak. So dapat la sembang2 ngan dia. ak ingat hidup dia senang lenang, takde masalah. Siap leh sambung master lagi. Ak ni dah berapa tahun terfikir nak further study, tapi sampai sudah tak sambung2 lagi, sebab fikir pasal duit.

Banyak cabaran dia nak teruskan hidup and habiskan study dia. Dengan perkahwinan jarak jauh bukan je ngan husband, tapi anak. Husband kat Shah Alam, anak kat Kelantan and dia lak kat Penang. Then, husband lak sakit kena slip disc dah 2 tahun lebih. Sekarang dah nak operate kali ke3 or maybe ke4. Tak dapat pergi kerja. Tapi sebab kemalangan ke tempat kerja, rawatan perubatan  ditanggung oleh syarikat and masih dibayar gaji. Tapi just gaji pokok je la. Husband lak bukan jawatan besar. Gaji tak sampai pon RM2k sebulan.  Masa sihat leh la OT, dapat la duit lbh. Ni ngan gaji pokok, then wife lak ngah sambung study. Dapat duit master pon berapa je. anak lak kat kampung. Bayangkan betapa peritnya kehidupan dia. tapi untuk masa depan, suami kawan ak ni tetap bg semangat kat wife dia untuk habiskan juga study.  Sanggup ketepikan semua kehendak janji keperluan anak isteri cukup. Sewa umah kampung, janji selesa untuk duduk. Astro ke internet ke takde kat umah. Korang mampu hidup macam tu? baru hujan sikit, Astro xleh guna dah bising. Ak la tu. hehehe

Serious, kisah my fren ni buatkan ak rasa sebak sangat. Walaupun dia susah, tapi dia tak pernah tunjukkan kesusahan dia pada orang lain. Kita yang senang ni yang bila rasa susah sikit mula nak bersungut. Tak cukup itu la, tak cukup ini la. Bagi ak, kawan ak ni sangat beruntung sebab diberikan Allah ujian yang macam ni. Kagum ak ngan dia. Sampai sekarang, ak still lg duk bercerita ngan hubby ak betapa ak kagum ngan dia sekeluarga. Waa, na nangis time taip ni. Bila susah, baru ko tau orang tu sayang ke tak kat ko. Kan banyak kes sekarang. Time senang, ak sayang, xde duit sayang melayang. Tapi mintak dijauhkan la dari sahabat-sahabat ak sekalian.

Betulkan pepatah melayu, Ukur baju di badan sendiri. Sebab kalau kita ukur baju untuk kita pakai kat badan orang lain, kita memang tak akan pernah puas dengan apa yang kita ada. Jadi, kalau ko rasa mampu, ko teruskan hidup ko macam mana yang ko kehendaki. Kalau rasa tak dapat tampung tapi ko masih gak tak nak berubah, tolong jangan bising kat orang lain. Annoying tau tak?

Tengok, kes tension ngan orang lain, dah panjang berjela entry ak hari ni. Cuma, nasihat ak, please berpijak di bumi yang nyata. Jangan sebab nak ikut orang,  sendiri terkontang kanting. Kalau mampu, teruskan. Kalau tak mampu, sendiri paham la. masing2 dah tua pon. Ada otak tuhan bagi. Guna bukan simpan ok.

10 comments:

azzpinky said...

Yes, so true dear!

Anak pon sumber rezeki sbnrnya...dulu time blm ada anak, duit gaji kitorg pon cukup2 je tiap2 bulan...risau gak bila ada anak pastu xcukup plak kan...

Tapi Allah tu Maha Pemurah, bila Zameer lahir, syukur hidup kitorg pon xde la mewah tp cukup keperluan dia semua termasuk insurans...

Pown, skrg masih terasa andai skrg Allah nk kurniakan anak lagi...bila pk2 ak risau xmampu lagi dgn living cost pon makin meningkat skrg...but bila pk blk hal yg sama ak risau time nk dpt zameer dulu, ak redha dan yakin rezeki dari Allah...

Tapi mcm kata mu la, ukur baju di badan sndri...skrg bukan masa tuk kejar gadget yg serba terkini...biar pkai handphone biasa pon dh cukup bg kitorg berdua asal cukup keperluan yg asas sblm penuhkan kehendak yg mmg xterbatas... :)

Akma said...

setiap anak tu ada bahagian dia.
kalau ikut hati n nafsu, macam2 nak beli. nak itu, nak ini. tapi sebab fikir kemampuan diri yang tahan n sabar. kalau ada rezeki ada la. kalau takde, x mati pon. bukan penting sangat.

mu tau je la ak ni, mulut pon laju jugak. skali dengar ak ok la. dua 3 kali sakit gop hati. memang ak jawab sambil lewa la. kadang ak perli la. kalau dia paham, paham la. kalau tak paham, lantak dia la. cuma lps ni ak dengar lagi dia bising memang ak wat dop tau je la.

ciNDerella stRikEr said...

setuju...!
kalo mampu baru beli. hehehe

Akma said...

yes..kalau mampu beli. tapi yang biasa bersungut lepas beli tu tak berapa mampu. tapi buat2 mampu.hehehe

MOMMYLIN said...

huhuuh.. betul sangat2.. klu ikutkan kehendak... macam2 nak... tapi pastu bulan2 seksa nak bayar semua tu... serik...serik...

Mimie_Zatun said...

ukur baju badan sendiri..
keperluan anak lebih penting dari kehendak sendiri..
bg ak dah mmg sifat ibu utk utamakan keperluan anak..
sama2 la berdoa moga lepas dia bersalin nnt ada perubahan dalam kehidupannya..

Nik Syahida said...

semoga dia berubah..mn nk tau lps dpt ank kot2 dia berubah..huhu..apepun kene budget lu sblm nk itu ini..kalau ikut hati mati..

Akma said...

ak x kisah dia nak buat apa pon as long as jgn bising2 kat telinga ak.

Mimie_Zatun said...

ko kan pendengar setia Ma..
sbb tu la die nak manja2 dgn ko..
hahaha

Akma said...

satu opis boleh dengar. hahaha