Lama sangat tak tengok wayang. So bila ada pluang memang tak
lepaskan la. Lagipon lama dah tak ngedate ngan en. Suami. So semalam lepas
appointment ngan doc, pergi tengok wayang kejap. Cerita kat panggung dah tak
banyak yang best. Kalau best pon, dah basi kot macam Fast n Furious 6. Citer
yang ada sangat limit. Man of steel memang taknya aku tengok. Sebab lakiku sgt
tak berkenan ngan citer superhero pakai sepentot kat luar. Jadinya pilihan kami
WORLD WAR Z and PEE MAK.
Panggung start operasi kita layan World War Z dulu. Filem ni
dibintangi oleh Brat Pitt dll. Yang lain memang aku tak kenal. Hehehe. Cerita
dia bagi aku boleh la layan. Asyik
terkejut je kejenya. Tapi jalan cerita macam sangat mudah nak predict what will
happened next. Macam citer 2012 tu. Macamana bahaya pon, hero mesti selamat.
Kui3. So sama gak ngan citer ni. Kira kalau takde scene yang terkejut sana sini,
mesti ngantuk kot. Citer dia pasal apa
sebenarnya ye?
Movie ni tentang dunia yang tiba-tiba diserang virus
“ZOMBIE”. Sesiapa yang kena gigitan in 10sec terus akan berubah jadi Zombie.
Kira Z kat title filem tu stand for ZOMBIE la. So dunia jadi huru hara. Tugas
Brad pitt (aku lupa nama watak dia, Gerry ke jerry ntah) mencari punca virus Z
ni. Terpaksa la si Brad pitt ni tinggalkan anak2 dan isteri dia kat kapal US
yang angkut orang yang belum dijangkiti virus Z. (US kalau bumi kena serang
tsunami ke virus ke mesti duk atas kapal kat tengah laut) Brad Pitt ni kiranya
bekerja ngan UN (PBB) and dah banyak selesaikan pelbagai masalah dunia. Once
dia dah accept this job, boss dia janji
akan take care family dia. And as per expected, bila si Brad tak dapat dikesan,
familynya akan dinyah dari kapal itu sebab tidak memberi apa-apa kepentingan
kepada puak-puak US ini. Kamu bukan siapa-siap. Bukan superstar ok! Hehehe.
Berjayakah Brad menjumpai punca virus ini dan siapakah dalang disebaliknya?
Korang tengok sendiri la ye. Tapi rasa-rasa korang HERO akan berjaya ke x?
Macamana ngan family HERO?
Next movie yang kami pilih ialah PEE MAK. Filem komedi seram
dari negara jiran kita, THAILAND. Swadddikapppp. Kappungkappp. Actually nak tgk
citer Now You See Me tapi kebetulan plak hari Rabu (sehari sebelum aku gi
tengok wayang) dah last day tayangan. Sebab review filem ni agak baik, jadi jom
la kita tengok citer hantu inikali. (aku memang akan elak citer hantu-hantu ni.
Lagi-lagi citer hantu siam.)
tengok la muka 4 orang ni..lawak je. mana la aku tak gelak je. |
Aku bagi 4star untuk filem ni. Eh! Ke 4 setengah star? Ke
bagi 5 terus? Sebab memang puas hati tengok citer ni. Walaupun sepatah haram
aku tak paham apa diorang cakapkan (baca subtitle je) tapi memang gelak pecah
perut gua cakap lu. So far filem thai yang aku penah tengok semua tak
mengecewakan aku. yang paling terkesan citer Long Kong. Memang kijam nak
mampssss. Ko tengok orang kena seksa, kau2 sekali boleh rasa. Laki aku memang
takkan tengok citer hantu siam ni. Katanya macam dekat sangat ngan kita. Hahaha.
Aku rasa mesti dah ramai tengok citer nikan. Citer ni dah
lama pon kuar panggung. Tapi aku je baru berkesempatan nak tengok. Citer ni ada
suspend, ada sedeh, ada romantic and yang paling penting kelakar sangatttttt.
Tengok muka Aey, Shin, Ter ngan Puak pon aku dah tergelak. Lom lagi baca dialog
diorang. Memang Raja Lawak habis la diorang ni. Mak n Nak plak ala-ala romantica
de amor gitu. Tapi time nak last tu sedih sangat. Nasib aku tak over siap
menitiskan air mata. Hahaha. So time
biler yang seramnya? Kata cerita hantu. Actually part seram tu more to terkejut
la. Time hantu keluar, mula-mula macam seram jugak, tapi lama-lama seram tu dah
jadi kelakar la plak. Tapi memang aku bagi two thumbs up la citer ni. Kiranya
berbaloi-baloi bayar duit tiket. Sampai sekarang rasa nak sengih lagi bila
teringat every scene dalam citer tu.
Serius puas hati and hilang tension lepas dapat tengok
wayang. Bak kata Shide n Vanida Imran, Pegang tangan tu untuk selama-lamanya.
Eh! Macam tak masuk je ngan story. Kui3. Actually aku nak cakap kadang-kadang
husband n wife perlu ada masa untuk kuar berdua juga even dah ada anak. Mungkin
ada orang rasa macam kejam je tinggal anak, mak bapak pergi enjoy. Tapi memang
perlu okey. Bukan tiap-tiap hari. Tiga empat bulan sekali je pon. Orang kata
nak bagi feeling time bercinta tu hadir kembali. Betul tak? Tapi kalau nak gi
melancong makan hari memang aku takkan tinggal la anakku dua orang tu. Lagikan
tengah tengok wayang pon still lg sebut pasal anak. Nak tinggal lama lama?
Tidak la jawapan aku.
No comments:
Post a Comment