Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Tuesday, October 30, 2012

KIsah Raya Aidiladha yang Panjang


Ada ke kawan-kawan yang tersangkut dalam jammed Ahad lepas? Mesti adakan. Rasanya ramai yang update status dalam FB n twitter cakap stuck dalam jammed. Tak kira dari arah utara selatan timur atau barat. Semua pon sesak teruk. Memang semua syok balik kampung jumpa keluarga sampai malas nak balik ke Bandar ye. Me? Alhamdullillah, tak terjoin sama. Sebab dah gerak balik sabtu malam lepas isyak. Memang sangat tenang je perjalanan.

But kita start story raya haji kita mula dari hari kita gerak balik kampung ok. Ak n en suami memang ambil cuti on 25hb tu. planning konon nak balik pagi 25hb la. tapi disebabkan ak ni bukan reti sabar. Balik keje dah siap lipat baju n siapkan barang nak bawak balik. en suami balik, ak tiga empat kali tanya kita nak balik kul berapa? Dia kata pagi esok la. Then ak tanya lagi. Dia kata malam-malam sikit la baru gerak. macam balik raya hari tu. kakak liyana (sedara) nak balik gak, so kena amik dia kat upm dulu. So kalau gerak lewat sangat nanti tak pat amik kakak lak. So en suami cakap, kita gerak kul 8 la macam tu. bila ak dah siap semua, ak memang lg kurang sabar. Lepas je maghrib, terus ajak en suami gerak. kan maghrib sekarang awal. So 7.30 tu ak dah siap semua. suh en suami masukkan barang dalam kereta. Ak  siap terus gerak. xde tunggu kul 8. Amik kakak kat upm, konon nak gi makan lu. Kat kedai yang dekat UPM. Skali tutup. Nak cari kedai lain. Skali dah silap masuk jalan ke seri kembangan yang kawasan cina tu. so stuck dalam jammed kat situ. Skali kuar kesas, kesas pon dah jammed gila. So kami berenti makan kat Bandar Sri Permaisuri. Kul 10.30p.m gerak ke tol Gombak. But as per expected, kereta banyak gila menuju ke tol Gombak. So kami decide untuk lalu jalan lama. Memang best. Tak jammed langsung, tapi ak diam seribu bahasa. Sebab takut weh. Gelap n jalan bengkang bengkok. Si en suami ngan kakak lak suka cerita scary-scary ni. hahaha. Dasar penakut ak ni. alhamdullillah. 30-45 minit dah sampai genting sempah. Tapi sebab nak shishi. Benti la kat genting sempah. Setengah jam or lebih kut beratur sebelum leh masuk toilet. En suami sampai tertidur dalam kereta menunggu kami. Hehehe. Afiqah lak dah lama dibuai mimpi.

Kami sampai kampung jam 6.30pagi. bukan sb jammed kat lpt tapi sebab berenti tido lama sangat. Tapi macam sia-sia je benti tido, sebab last skali ak gak yang drive dari cheneh sampai ke kampung. Driver konon nak rest kejap, tapi sb memang kul 4 tu waktu membuta en suami, memang asyik menguap je. ak dengar pon sakit telinga. Last-last ak gak tawar diri nak drive. Sebelum ni buat keras, malas nak drive. Like I told before la. ak memang kurang sabar orangnya. so baik ak drive dari benti tido 3 4 kali. Setakat tekan minyak, apa adahal. Lagipon ak rasa lagi sakit pinggang duk kat seat penumpang. Tapi semua pon bergantung dari rasa malas ke rajin ak je. hahaha.  Tapi satu je ak tension bila turn ak drive, memang ak sorang je la berjaga. Memang malang nasib ak, xpernah dapat co-pilot yang leh teman sembang. So sebab korang membuta. Nasib la x dapat membuta dengan aman. Sebab ak akan melalak semua lagu dalam radio. Nasib tak baik, lagu zaman tok kaduk mana la radio ni pasang. Tapi tetap ak melalak jugak. Janji hilang mengantuk n bosan ak. Sampai kampung kita membuta la. tapi harapan la. en suami bukan boleh tengok ak berehat lebih. Mula la ajak pergi sana sini. Lega la ak ni memang bukan jenis kena tido cukup2 8 jam, kalau tak semua benda pon xjalan. Kul 1lebih dah terpacak kat Sabasun KT beli susu n diapers untuk Afiqah. Beli stok untuk sebulan terus. Then en suami konon nak makan nasi bungkus kat warung feberet dia zaman muda remaja la, skali dah habis da. sb dah habis ak ajak pergi makan ikan celup tepung kat pantai teluk ketapang. Atas jambatan sultan Mahmud skali kete slow je gerak. dalam hati, semua orang nak balik kampung belah Kelantan kot. Tapi, lepas je dari tapak tol lama, dah smooth. Memang ak tak tahu sebab apa yang slow sangat tadi. Memang bikin panas je. dah settle makan terus balik kampung. Tapi kena antar adik ipar lu. So lepak umah FIL smpai kul 6lbh. Balik umah, ak rasa lepas maghrib ak dah lepak dalam bilik. Afiqah entah kemana. Pandai2 la anak ak tu bawak diri. Lagipon apak dia ada. So ko layan la anakanda mu itu ye. Ak mau titon. Kul 1pagi ak terjaga, sebab mak ak panggil cakap Afiqah nak susu. Dah buat susu, semayang isyak, ak tido balik. Afiqah tido ngan wan dia. sb dia masuk bilik ak pon tak mau.

Raya haji adalah sama hari-hari lain. Sb tahun ni mak ak tak sihat, so xde sape pon masuk bahagian korban. Pagi raya kali ni pon, mak ak just masak nasi minyak je ngan tempah pulut panggang. Biasanya pagi raya kami request nasi dagang. tapi mak ak kata cerewet nak buat. Buat je nasi minyak.  Apak mertua ada amik bahagian korban. Tapi en suami suh ak duk umah je ngan Afiqah, dia je pergi tolong orang kat kampung. Lepas semayang raya, terus en suami terus pergi umah apak dia. Ak is lepak je kat umah dengan tak mandi lagi. Afiqah pagi2 dah bangun n siap mandi semua. dalam kul 10, Afiqah ikut mak n ayah ak, kakak liyana, n aqilah (anak sedara) melawat  nenek, atuk n pakcik kakak liyana.(kakak tido rumah ak, sb mak ayah dia tak balik kampung. Keje kat kelate) So ak adalah sorang-sorang. Jadi ak amik peluang untuk membuta sepuas hati. Hahaha. Bangun kul 12.30 kot sebab en suami dah balik. memang terbaikkk. Saya suka, saya suka.

So hari raya haji pertama kita makan daging, daging n daging. Konon, pagi tu takde orang pon antar daging kat umah mak ak. Ak dah macam, tak ramai orang korban kot. Xde pon orang kasi daging. Skali laki ak bawak balik daging n tulang dari kampung, baru ada yang lain antar. After semayang jumaat, makin banyak n last sekali dah tak muat freeze. Amik kau. Yang antar lauk masak pon banyak. Sampai last ak xmampu nak pandang daging. Padan muko. Mula mula cam sangap tak pernah makan daging. Sekarang rasakan. Hehehe

Tapi raya kedua yang paling best. Abang ak request kat akak ak nak makan nasi ayam. So akak ak ni bersungguh la nak masak nasi ayam untuk adik kesayangan dia kan. mula mula cam semangat la nak tolong. Tapi last-last dah banyak sangat resepi, dah gaduh gaduh manja lak kat dapur. Siap laki ak sound, kalau gaduh-gaduh nnt makanan tak best. hehehe. Biasa laki ak memang semangat klu bab tolong mak ak masak. Tapi bila dah ramai chef, dia dah lepak main computer dalam bilik. Ak lak memang malas nak gaduh. So surrender awal-awal. Tinggal la akak n kak lang. tapi kak lang ada tetamu(adik beradik abang ipar ak). So kita serahkan pada akak ak je masak. Hambik ko, sampai berjam-jam kat dapur  nak boleh siapkan nasi ayam je pon. dari tetamu sampai, hingga diorang dah balik, makanan tak siap-siap lagi. Yang lawak, akak ak siap tak sedar tetamu dah sejam lebih balik. dah siap masak dia cakap suh jemput tetamu makan. Ak ni dah gelak-gelak. Tetamu celah mana. dah berkurun balik. abang din (laki akak) siap bagi nama nasi ayam tu nasi ayam perang. Hahaha. Ak ada la tolong tumbuk bahan perapan ayam. Dah gaduh sangat, yang tu kata tak yah letak bawang, yang ni nak letak. Last2 ak tumbuk je suh akak gaul. Ala, masak ni bukan ada rules pon. janji last product sedap. Masuk perut kenyang gak.  Lepas makan, kami lepak adik beradik la. Sembang-sembang. Kutuk sikit-sikit. Dah ke petang semua pon ada hal masing-masing. Ak lak dah nak kena kemas-kemas apa yang patot. Malam lepas isyak dah nak gerak balik.  Tapi petang, kami (ak n en suami) siap buat daging bakar special. Terbaik la laki ak punya resepi campak-campak. 

1 comment:

azzpinky said...

Ma, mu pernah dpt co-pilot best ape? ak ngan epul kan temankan mu sepanjang jln pegi blk trg dulu...ak tertido kejap pon Epul tlg cover teman mu kan? hehe....