Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Monday, October 8, 2012

Sembang Kosong.

Assalamualaikum.

This weekend memerap je kat rumah, sebab Afiqah tak sihat. Dua hari pertama demam dia still aktif. tapi semalam, melepek je. siap kena paksa mandi, makan ubat then dia tido balik. petang baru la nampak ok sikit. siap leh main air kat luar ngan papa dia. tapi semalam, kul 8p.m dia dah tido lepas kena paksa makan ubat. Ya Allah, sangat susah nak bagi makan ubat. siap kena ugut cakap orang xnak makan ubat kena tido luar. tu pon jerit taknak lagi. siap mama duduk depan pintu dapur, buat2 macam nak buka pintu, baru la makan. sowi la anak. terpaksa. kalau tak kamu taknak makan ubat. nak paksa pegang mulut kepit tangan kaki, kamu lagi terre dari mak ayah kamu. dia sembur je ubat tu.

Kadang-kadang naik geram ngan Afiqah ni. bila tak sakit, pantang nampak ubat. siap berlakon amik ubat, tuang dalam sudu then suap ke mulut. boleh mintak2 lagi nak makan. tapi bila sakit, mengamuk ngamuk taknak. siap ak kena panampor free sejibik sebab nak marah ak paksa dia makan ubat.padahal apaknya yang pegang mulut dia. ak tukang sua ke mulut je. tapi biasa la budak sakitkan. cranky tu biasa la. adat. dia sakit semua orang dia taknak. ak pon dia tak bg sentuh dia, apaknya lagi la. tapi semalam dah ok sikit. tengah malam, bangun cari mama. nak tido bawah ketiak mama dia. huhu.

Pagi ni, badan still panas2 sikit. tapi ak terpaksa antar pergi nursery jugak. sebab last week dah EL. nnt cuti banyak2 boss ak bising plak. papa pon sama, pagi petang ada meeting. Tapi dah pesan ngan cikgu dia, if tetiba suhu badan dia naik balik, just give me a call. ak akan pergi pick up dia kat nursery. but until this entry ditulis, lom ada mesej and phone call dari cikgu dia. tghr tadi mesej cikgu dia pon cakap dia ok.Hopefully dia tak buat perangai comel dia kat taska la. siap pesan kat cikgu cakap dia dua tiga hari ni mood tak elok. cikgu pon cakap ok. faham. budak tak sihat memang macam tu.

sekarang memang musim sakit kan. demam, batuk n selsema ni biasa je. ak pon tekak dah macam perit2  je. tapi maybe sb tak cukup tido kot. camana nak nyenyak tido kalau anak sakit. sabtu ak pergi keje, (Afiqah start demam khamis malam jumaat. jumaat ak EL. sabtu suami plak EL) dak opis ak tegur ak. dia cakap yang bawah mata ak lagi teruk dari mata dia. ni jawapan ak:

Ak:  biasa la kalau ada anak.nnt u ada anak then leh la rasa camana.
Dak Opis: ye ke? mana tahu nanti anak i bangun makan then tido je.
Ak: Good for you.

then ak diam je la lepas tu. ak ni kan kaki sentap. hahaha. tapi seriously, now muka ak dah tahap kusam, n lemau. Since pregnant, ak jadi malas nak belek2 muka semua ni. tu nasib baik ak still cuci muka lagi. tapi skg satu hape krim pon ak tak sapu kat muka ni n secalit bedak pon xde. apa lagi nak berlipstik bagaikan. bukan je malas bila pergi kerja, tapi pergi ke mana2 pon sama je. and ak pon dah tak tahu ak letak mana segala alat make up ak and krim muka dah lama gila ak tak beli lepas habis awal bulan May haritu. Maybe after deliver kembali normal kot. Lagipon skg badan dah gumukss, so xde mood nak berlawa2. Baju pon xcukup.

cerita pasal baju. next Saturday ada convocation sedara ak. tapi dah macam adik ak dah Kakak Liyana ni. Masa baby dia pernah duk ngan parents ak jap. kira dia ni macam anak bongsu parents ak la. actually tak tahula pertalian darah jenis apa yg kitorang ada. tapi yang ak pasti, nenek n atok dia dah macam mak ayah pada mak ak. (grandparents ak ngan grandparents kakak ni berjiran dulu) and dah macam tok nenek ak sendiri dah. Kak Lah, (mak Kakak Liyana) ni dah macam adik mak ak. Maybe ada la talian kekeluargaan, tapi jauh la kot. tapi ada kami kesah. yang pasti kami adalah keluarga. panjang pulak story pasal relationship family. kui3.

So parents dia akan stay umah ak dari Friday to Sunday. So ak rasa ak perlukan baju baru. takkan nak pergi convo pakai baju t'shirt bodo. cikai2 pon pakai blouse. so kena online shopping la macamni. nak pergi jusco ke ak malas la plak bila Afiqah kurang sihat ni. Mana erk baju cun2 n harga affordable. please anyone, give me an opinion or link online shopping yang u'olls suka. ak belek2 poplook, but kurang berkenan la. maybe korang ada fav website then leh share with me.

k la. jangan lupa drop link online shopping fav korang. leh ak pergi tengok gak. sampai jumpa lagi. daaa

2 comments:

azzpinky said...

Ma, btl dh kot nk dpt baby boy nih...huhuu...sbb ak dulu time preggy Zameer, muka pegi ofis ke, pegi jalan ke, pucat kesi even bedak pon ak xpakai sbb xde mood pon...lipstik, krim2 ape tah lagi kan? huhu...

Baju preggy ak nmpk kat Jusco Bukit Tinggi lawa2...blh thn byk la choise berbanding kat jusco sunway...online ak xpernah beli sbb klau time preggy ni, kulit kita sensitif nk kain sedap pkai je, so mmg kena telek2, pegang2, rasa2 dulu sblm beli...huhuu

Liyana said...

oooh begitu ceritanya salasilah kuarga kitaaaa..haha.

yay mari convo pakai baju baru yay!

yay ada baby baru jugak datang yay! *walopon dok klua lagi. =D