Assalamualaikum.
How r
you? J
Semalam
kan dah update tentang GANGNAM STYLE kan. So ingat malas la nak update blog
lagi. Tapi tiba semangat tu datang plak nak share ngan korang something. Tapi tak
mau update tentang raya yang katanya sebulan tu. Cukup la post gambar raya
ihsan dari camera kekanda ku. Konon
berazam nak bergambar sakan la raya ni. Last2 hampeh jugak. Sebab pagi raya
baru sibuk check battery camera. Rupanya dah empty. Orang kuarkan camera nak
bergambar, tapi ak kuarkan camera sb nak charge battery. Lagipon first raya je yang semangat nak amik
gambar family. Lepas tu dah hilang mood la. Lagipon ak rasa macam camera ni
berserabut la nak bawak sana sini. Besar sangat. Maybe I should buy a new compact camera yang ak boleh isi dalam
handbag je? dulu mmg ada camera compact tp dah rosak sb lupa kuarkan
battery. Semua salah battery. Ada tak
camera tak guna battery? guna kuasa solar ke?
|
dapat yang macamni pon dah ok. janji senang bawak. |
Apa yang
buat ak semangat nak update blog ye? Sebenarnya ak nak share kat korang novel
yang ak baru je habis baca semalam. Novel latest tulisan Ramlee Awang Murshid
(RAM). If korang memang peminat tegar novel melayu, sure korang kenal sape RAM
ni kan. If yang tak kenal, RAM ni adalah penulis novel berbentuk thriller kat
Malaysia ni. Kiranya, kalau orang yang tak suka baca novel melayu sebab jiwang
karat, leh la try baca novel RAM ni. Sebab bagi ak, tulisan dia bukan sekadar
cerita kosong. Walaupun jalan cerita banyak berbentuk fantasi dan melangkaui
batas normal kita sebagai manusia, tetapi di dalamnya diselitkan unsur2 agama
dan nasihat yang boleh kita jadikan panduan. Ak memang peminat tegar nover RAM
ni. Boleh katakan hampir 2/3 novel tulisan dia dah ak jadikan collection. Sekarang
ni tengah nak kumpul dana nak beli 1/3 lg yang belum ada dalam simpanan. yang
1/3 ni baca zaman belajar dulu. So banyak pinjam la dari beli.
Before
tu meh ak cerita dulu macamana ak leh terjatuh hati and buat collection karya
RAM ni. Seingat ak time matrikulasi, novel paling femes is novel Ombak Rindu.
Memang fenomena la orang kata. Ak sanggup kumpul duit ngan roommate nak beli
novel ni. Now ak tak pasti novel ni ada ngan sape. Kata share, so memang betul2
share la. Last sekali novel tu tak dapat dikesan keberadaannya. Zaman muda
remaja of cros ngah angau ngan cerita cinta yang mengasyikkan. Kalau baca novel
cinta for sure leh terbawak ke mimpi. Lelaki hensem, mix blood, anak orang
kaya, perfect and gadisnya mesti la cantik, kurus, tinggi , putih yang sempurna
sahaja. Jalan cerita lak lebih kurang sama je. mula2 gaduh2 manja/ kena kawen
paksa, then jatuh cinta.
Bila ak
further study kat USM, one of my BF, Wadah ada beli buku RAM ni. Tajuk
Tombiruo. First ak baca synopsis, ak
like, apa punya cerita da. Complicated je. mesti takde feel nak berangan lebih
lebih. So ak xde hati la nak pinjam kan.
Tapi tak tahu la nape, satu hari tu ak bosan sangat kot, then ak pinjam novel
ni dari wadah. Tak sangka, once dah start baca, ak smpai tak sanggup skip walau
satu ayat pon. And satu tips if korang baca novel RAM ni. Please jangan baca
ending dia sebab mesti korang blur gak akhirnya. Watak2 dalam tu memang mengelirukan. After Tombiruo, ak sambung baca sekuelnya (ke
trilogy) lak iaitu Semangat Hutan and
Tombiruo Terakhir. Selepas tu, ak pergi
library, cari novel dia yang seterusnya Ranggau. Time tu lom ada minat membeli
lagi. Padahal xde duit.
Before
tu meh ak senaraikan novel2 tulisan RAM ni:
Igauan Maut - Dewan Bahasa & Pustaka
Anugerah Pertama -
Creative Enterprise
Pei Pan - Utusan Publications & Distributions (3 novel
pertama dia ak lom baca. Tak pernah kutemui lagi setakat ni.)
Tombiruo - Alaf 21
Semangat Hutan - Alaf 21
Tombiruo Terakhir - Alaf 21
Ranggau - Alaf 21
Mandatori - Alaf 21
ADAM - Alaf 21
Satu Janji - Alaf 21
Bagaikan Puteri - Alaf 21
Rahsia Perindu - Alaf 21
Hatiku Di Harajuku - Alaf 21
Cinta Sang Ratu - Alaf 21
Hijab Sang Pencinta - Alaf 21
Ungu Karmila - Alaf 21
Personal Justice (ADAM versi Inggeris)- Alaf 21
Mikhail - Alaf 21
9 Nyawa - Alaf21
Cinta Sufi - Alaf21
Rayyan Fantasi - Alaf21
Sutera Bidadari - Grup Buku Karangkraf
Fiksyen 302- Alaf 21
Sunan Musafir – Alaf 21
|
antara novel tulisan RAM |
Now baru nak criter novel yang ak baca tu. Punya panjang
menulis baru sampai part utama. Tajuk novel tu ialah Sunan Musafir. Ak dah beli
last week, tapi tiap kali ak nak baca mesti ada gangguan. Ada orang ngaku novel
tu buku dia. padahal mama dah beli 2 biji coloring book untuk dia. then ak
start baca sikit2. Memang tak dapat concentrate. Tapi bila dah sampai part
climax, jiwa meronta ronta suh habiskan jugak. Tu yang semalam gigih ak
habiskan baca novel ni. Sangat unexpected and tak sama ngan ak bayangkan masa
start baca. This novel ada lah last novel bagi semua kisah Laksamana Sunan. If
korang baru nak baca, please start from novel Bagaikan Puteri and baca ikut
susunan, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta, Cinta Sufi, Sutera Bidadari and
the last one is Sunan Musafir.
|
novel terbaru RAM : SUNAN MUSAFIR |
Ak share synopsis novel Sunan Musafir here (taknak ulas nanti spoiled orang lain nak baca):
Sinopsis
Allah menciptakan cinta, justeru
cinta perlu dipertahankan dengan sebaik-baik cara. Maka itu sebagai manusia,
Saifudin atau Laksamana Sunan tidak terlepas dari belenggu cinta.Tahun 1511 merupakan detik
keindahan, cabaran serta air mata. Pengembaraan Saifudin serta
sahabat-sahabatnya ternyata bukan satu perjalanan yang mudah.Fikiran Saifudin agak terganggu
apabila mendengar khabar bahawa isterinya masih hidup. Namun, adakah benar Sang
Dewi itu adalah isterinya, Ratna mantan Ratu Sulaman? Atau sekadar jelmaan?Pada tahun 1531 – Saifudin yang
telah berusia memutuskan untuk bermukim di Pinggir Hulu Melaka. Dia mengisi
harituanya dengan menghambakan diri kepada Allah dan meninggalkan dunia
pertarungan. Bagaimanapun kejahatan seolah-olah mengejarnya sampai ke hujung
nyawa.Berjayakah Saifudin menewaskan mereka?RAMLEE AWANG MURSHID dalam karya
terkini, SUNAN MUSAFIR, lebih banyak bermain dengan ‘ruang dan waktu’. Lebih
menitiberatkan ‘cinta dan air mata’. Mengutamakan ‘perjuangan dan kesabaran’.
Yakinilah…pada ketika diri merasakan tidak mempunyai sesiapa, ALLAH itu
mencukupi segala-galanya.
Untuk aku, siri laksamana sunan ni memang terbaik. Ak tak
menyesal langsung beli and baca. Banyak novel ak menyesal beli. Stakat nak baca
pinjam kat library or org ok la kot. Membazir. Kisah laksamana sunan ni memang
pada asasnya macam tak logic akal la. Sebab kisah dia melangkaui zaman dan
watak-watak yang dipersembahkan membuatkan kita berfikir, ada ke benda macam
ni. And kadang2 macam ak rasa ak baca novel lord of the ring. Sb watak dia org
yang pelik2. Tapi , penulisan RAM yang pandai bermain dengan jiwa pembaca la ak
rasa. Dia pandai tackle pembaca untuk tak skip walau satu bab dalam novel dia.
then buat ko tertanya, apa yang jadi lepas ni. kenapa lak macam tu. apa jadi
dengan orang ni. and if ko skip2 then ko pasti pening sbb belum tentu dapat jawapan.
Sebab kadang dia macam twist jalan cerita jadi tak sama dari yang ko jangka
masa awal2 tu. sebab tu, ak kalau dah start baca novel dia memang perlu
habiskan terus. Sebab kalau ak tinggalkan then hati ak meronta ronta nak tau
apa jadi. Sampai boleh bawak ke mimpi ok. Selagi tak habis, selagi tu jiwa tak
tenang.
Cukup la sampai sini perkongsian ak tentang pembacaan ak
yang terbaru ni. kalau korang rasa nak try baca novel RAM, ak cadangkan mulakan
dengan novel trilogy Tombiruo, then siri laksamana sunan ni. novel dia yang
lain pon best2 gak. Yang ak suka Hatiku Diharajuku dan Satu Janji. Novel Hatiku di Harajuku tu ak leh baca ntah
bapa kali dah. Tak bosan. Tapi , nasihat ak, jangan la sebab syok baca novel
smpai lupa nak wat keje lain okey. Sampai jumpa lagi. adios