Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Wednesday, July 17, 2013

Story Mory Baju Raya PLak.

Assalamualaikum...

Dah takde mood plak nak story mory kisah juadah berbuka. Orang pon dah naik muak baca kot. Sini makan, sana makan. Kurang pahala puasa sebab duk ingat makan je. Hehehe.

Last weekend (Ahad) seawal 8 pagi kami dah keluar dari rumah menuju ke Pasar Shah Alam. Ada orang panggil Pasar Karat. Tujuannya hanya lah satu, mencari tudung untuk puteri kesayangan, Nurul Afiqah Humaira. Mama ngan papa kesian dengar Afiqah tiap-tiap hari berdondang sayang lagu Tudung Pink & Bunga. Nak beli kat kedai biasa macam mahal sangat. Cakap kat dia Ahad ni kita pergi beli. Ke pasar Shah Alam la kami Ahad tu.

Sebesar-besar pasar tu, bukan main susah nak cari tudung untuk budak yang ikut kehendak Afiqah. Wah anakanda saya dah ada taste sendiri. Mama amik yang ni, dia taknak. Amik yang tu dia taknak. Last-last suh dia pilih sendiri. Asal nak beli dua helai je. Tapi kat first gerai ada satu je yang dia suka. satu RM10. Jalan lagi jalan lagi, jumpa la satu gerai yang jual tudung 2 RM15. Kat situ ada tudung pink. So kita amik la. Dah Afiqah nak pink kan. Then papa dia ada berkenan satu tudung warna hijau. Aku tengok pon cantik. Tapi Afiqah taknak yang tu. Tapi papa kata amik je. Nanti dia pakai la tu. Tapi sampai ke hari ni, dua helai yang dia pilih tu je dia pakai. Yang papa pilih tak bersentuh lagi. Takpe, nanti mama suh Kak Iqah pakai.

Memang pergi Pasar Shah Alam tu just untuk lepaskan hajat Afiqah je. Dah dapat tudung dia terus gerak. Mula-mula ingat nak balik. Tapi kalau balik mesti rasa macam lama je kat umah. Sure takde aktiviti lain yang aku buat selain membuta. Jadinya marilah kita ke Aeon Bukit Tinggi. Gi tengok baju raya kut ada yang berkenan di hati. Last month sebelum puasa dah pergi, tapi just dapat cari baju untuk AFiq Amsyar je. Baju AFiqah memang paling awal beli. So cari baju based on colour baju dia.

Semangat ni, sampai Aeon pintu pon lom buka. Hahaha. Tapi ramai je orang dah menanti pintu buka. semangat aih nak shopping sampai semua pon dah macam pak guard tunggu kat pintu masing-masing. Aku bersabar sikit, so tunggu kat dalam kereta. Ala tersampai awal pon sebab memang tak plan langsung nak gi situ. Last minute baru decide pergi. Hahaha. Ada je alasan.

Sampai-sampai terus pergi ke bahagian baju lelaki. Pusing punya pusing, akhirnya ada la jumpa kemeja yang boleh match ngan baju Afiq Amsyar ngan Afiqah. Tapi suami saya ni very the super cerewet punya orang. Aku kata amik je la. Dia plak, nanti la kita pusing lagi kot ada yang lagi ok. Atoi la. Dah berapa round dah pusing, last-last tuju kat baju tu jugak. Tu tanda suh beli yang tu la. Tengah en. suami duk kelebet baju, Afiqah plak nak terkencing. Afiqah sekarang dah free diapers kemana mana je. Tapi malam still pakai la bila dia dah betul-betul lena. Nasibla toilet dekat je. Berlari aku bawak dia ke toilet. Kalau terkencing kat situ dah satu hal orang nak bersihkan. Satu hal lagi tak bawak satu pon extra seluar. Baguskan mama dia. Konpiden gila anak dia takkan kencing dalam seluar.

Akhirnya lepas berapa kali round berjaya la beli sehelai kemeja untuk en. suami. Now turn for me plak cari baju raya. Berpusing la kat bahagian baju perempuan. Satu pon aku taknampak warna yang ala-ala baju anakanda ku berdua tu. Payah nau nak cari warna tu. Aku dah terai cari kat online shop. Memang ada warna yang aku nak tapi dah sold out. Tahun ni semua orang cari warna dusty pink/purple ke? Last last aku ajak balik je. Sebelum keluar tengok ada satu baju kat display. Berkenan plak kat design tu. Tak jadi balik. Aku ajak pergi tengok kot ada warna yang aku nak. Kecewa sebab takde yang sejibik sejibun warnanya. cuma ada la macam purple sikit-sikit kat baju tu. En. suami cakap try la pakai dulu. Nampak macam boleh match jugak walaupun sikit. Ok aku cuba la. Tapi sebelum sampai fitting room, ternampak plak ada satu jubah yang bagi aku cutting dia super comel. Walaupun warna takde kaitan ngan tema, tetap nak terai jugak.

Masuk fitting room, aku nak buka kerongsang dari tudung. Tetibaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......

Kerongsang tu jatuh atas kaki aku. Tapi yang paling terbaikkkkkkkkkkkk............

Jarum tu menjunam masuk dalam kaki sampai ke tulang. Sakit wehhhhhh. Masa nak tarik, panjang rupanya dia masuk ke dalam. Benda jatuh dari tempat tinggi, dengan gravity lagi. Berdarah kaki ku. Siap 3 hari bengkak. Cerita pasal gravity ni, korang ada tak tengok iklan 100 plus ke Revive yang air jatuh dari bangunan then diorang leh selamba badak main-main air kat bawah tu. Kalau air jatuh dari tempat tinggi korang ada kat bawah boleh mati ok. Bocor kepala. Sebab apa? sebab gravity tu la. Ada satu kes kat Johor kalau tak silap aku. Air tangki dari high rise building pecah. Berlubang jalan kat bawah tu tau. Tapi nama pon iklan kan. Ikut depa la nak buat apa pon. Logik tak logik belakang kira.

Ok back to the topik. Bila dah test dua-dua baju tu, ayork aku suka dua-dua. Camana tu? Tapi en suami suka cutting yang baju tak masuk colour theme tu. Yang satu lagi dia kata cantik jugak tapi dia lagi suka yang tadi. Last-last aku kata tak payah la beli. Lagipon dua-dua pon tak menepati tema. Memang muka aku kecewa gila time tu. siap pegang-pegang lagi baju tu. Langkah sambil seret kaki. Nampaknya tak berjaya juga aku cari baju raya. Ntah bila la nak cari lagi. So jom la kita bergerak balik.

Dah nak keluar ni, tetiba en suami cakap, jom kita gi terai skali lagi yang baju ada kaler tema sikit tu. Wah, senyum balik. Aku pon terai la. Lepas tayang-tayang depan en suami, tetiba en suami bersuara. Takpe la, yang ni biar abang bayar. Amik la yang satu lagi tu. Yang tu ayang bayar sendiri. Padahal yang aku bayar sendiri tu duit yang dia bagi juga. Tapi bulan lepas punya masa cari baju anak-anak tu. Melonjak la aku kegembiraan. Kembang-kempis hidung kesukaan sambil bawak baju gi bayar. Tapi rasa macam tak adil pulak, baju aku dua, baju dia satu je. Aku pon suh dia pilih baju yang match ngan baju aku. Yang ni aku belanja ngan duit aku. So pusing la lagi kita cari baju en suami plak.  Tapi aku ada misi terbaru. Nak cari selai lagi baju untuk AFiqah n Afiq AMsyar yang sama kaler ngan baju second tu. Hehhee. Tapi tahun ni kami takde baju kurung ngan baju melayu baru. Tapi ingat nak cari jugak selai baju melayu untuk AFiq Amsyar. Just nak amik gambar. Dia pon lom pandai jalan. Pakai smart-smart pon mama juga yang dukung.Selesai misi kita balik.

Tapi tak balik terus, pusing-pusing Aeon kat bahagian bahan mentah sebab nak cari butternut squash untuk Afiq Amsyar. Kan Afiq AMsyar dah 6 bulan lebih. Aku dah start introduce solid food untuk dia. Tapi dia macam tak pandai lagi nak makan. Banyak keluar dari masuk. Akhirnya Baby Bullet blender yang aku beli kat groupon dah berguna. Hoorey. Tapi tak jumpa pon butternut squashnya. Tak tahu la aku mana lagi nak cari benda tu. Pastu berenti beli dorayaki untuk Afiqah. kesian dia dah penat n lapar. Siap suh dukung lagi. Papa dah la sakit tangan, tapi tetap usaha dukung dia guna tangan kiri. Lepas papa mama plak dukung. Pengsan. Nasib mama gagah perkasa. Tak de balik umah teguk air. Hehehe.

Panjang lebar plak story cari baju raya. Aku konon sedey sebab tak de beli kain nak wat baju raya pon tahun ni. Konon bersederhana la di hari raya. Skali baju raya aku je pon dah lebih dari orang lain. Baju anak-anak pon baru selai. Kesian. Xpe, mama dapat gaji bulan ni, mama belanja baju dua lai sorang k. Tapi baju murah-murah je la. Mama tak mampu beli yang branded manded ni. heheheh.


Saturday, July 13, 2013

Ramadhan ke dua dan ketiga

Assalamualaiku..

Hari ini dah empat hari kita menjalani ibadah puasa. Alhamdullillah setakat ini berjaya mengharungi dengan tenang dan tabah. Syukur. Belum ada lagi drama terbaring lesu atas katil. Lepas tu buat alasan tak larat masak. Sahur pon masih tak terlepas. Biasanya awal-awal ni memang la semangat lebih. Takut kalau tak sahur, tak larat pulak. Katanya. Tapi start pagi ni aku dah tak makan nasi sahur. Just sahur oat ngan meratah sup sayur lebihan buka puasa. Tu petanda ada harapan sahur minum air kosong je la nampaknya. tapi insyaallah tetap akan bangun sahur. Encik suami saya kena makan sahur. Nanti takut dia tak larat plak. Kalau dia duk office je takde masalah. Tapi dia ni kerja banyak gerak sana sini. Penat tau bila masa banyak habis atas jalan raya. Aku ni takpe la kerja memang dalam office. Even duduk kat kilang pon office aku beraircond jugak. Tengahari memang balik rumah. Boleh la relax sambil tengok tv. Penat sangat siap boleh tidur lagi.

Sepanjang tiga hari lepas, berjaya masak sendiri untuk juadah iftar. Kaki ni belum sempat lagi melangkah ke bazar. Belum datang mood nak beli makanan luar walaupun kuih semata-mata. Air dah pernah beli luar. Kebetulan pergi kedai runcit beli sayur untuk masak berbuka nanti. Kedai makan sebelah ada jual lauk pauk, kuih muih dan air. Tanya encik suami nak minum air apa? Dia tak kisah. So aku beli la air kelapa rm2. Skali tengok budak tu keluarkan plastic yang kalau kita beli kat bazar yang budak slalu ikat tepi tu. Harga RM1. Ini aku nak RM2 tapi bagi plastic besar tu. Terus aku tanya adik yang jaga.

Aku: Besar ni je ke plasticnya?
Adik Kedai: Iye kak. Ni je plastic yang ada.
Aku: RM2? Takde yang besar lagi ke?
Adik Kedai: A'ah. RM2. Saya tak tahu la kak. Ini je bos letak sini. Sambil muka sengih-sengih.
Aku: Okey la. Kecik pon kecik la.

Mula rasa macam taknak beli, tapi fikir balik, beli je la. Kot sedap airnya. Berbaloi la beli RM2 walaupun kicik sangat bekasnya. Sekali minum time berbuka....dah aku serik beli air kat kedai tu lagi. Baik aku beli air kotak or botol je. Tak pon minum je air masak. Rasanya dah serupa minum air kosong sejuk. Hmmmm..Tak rasa langsung manis or air kelapa.  Takpe la. Semoga perniaga yang meniaga di bazar lebih ikhlas dan jujur dalam berniaga. Jangan terlalu fikirkan keuntungan sampai pelanggan yang jadi mangsa. Orang macam aku ni tak kisah walaupun kena bayar mahal sikit tapi hasil yang kita dapat biarla memuaskan dan berbaloi dengan nilai yang kita bayar. Sedih kalau tengok orang berniaga fikir untung je. Jual makanan yang dimasak macam masak guna kaki je gayanya.

Semalam tak sharekan lauk berbuka hari kedua. Lauk memang simple mimple je. Tapi maybe leh bagi idea kepada mommy yang pening duk fikir apa nak masak berbuka nanti.

Maaf la presentation ke laut.
Takde beria keluarkan pinggan cantik-cantik.
Makan berdua je katakan..


Juadah kami ialah Tumis (masak air) Labu air, Bawal goreng, Budu (orang ganu la katakan), tembikai and air kepala tawar. Alhamdullillah, licin en suami makan. Siap menambah lagi. Tekak kampung kalau dapat lauk macamni memang tak pandang kiri kanan la.

Semalam plak aku masak Daging Masak Merah (sambal), Sup sayur, Sambal mangga ikan, Onde- onde and air laici.
sup sayur

daging

onde onde (buah melaka)

sambal mangga ikan
Semalam rezeki lebih sikit. Babysitter Afiq ngan Afiqah (K.yah) bagi kuih onde-onde ngan sambal mangga ikan. Ya allah, sedap sangat sambal  tu. teringat sambal mie buat. Memang terbaik makan ngan sup sayur ngan daging. Tapi kalau dapat lauk dua hari lepas tu lagi terangkat la. seperiuk nasi pon habis. 

Harini tak tahu lagi nak masak apa. Balik kerja baru bincang ngan encik suami. Tengok dia terasa nak makan apa. I follow je. Sebelum menutup tirai entry harini, nak tunjuk gambar terbaru afiq amsyar and afiqah humaira.

Kak Iqah sekarang mesti nangis sambil cakap mama tak sayang dia.
Bila mama cakap mama sayang la kakak.
Dia akan dia and cakap sayang erk?

Ini budak makin besar makin muka papa.
Tapi sanggat attach dengan mama.
pantang mama gerak mesti nangis.
Mama nak gi keje pon dah pandai nak ikut.
Papa ngan kakak takde plak dia nak ikut. ayork.



Thursday, July 11, 2013

My First Day Ramadhan

Assalamualaikum.

Alhamdullillah, semalam berjaya menghabiskan puasa ke penamat. Walaupun di awal pagi rasa lemau, lembik sebab ngantuk tak cukup tidur tapi perasaan lapar dahaga langsung tak berjaya melemahkan jiwa. Maybe dah terbiasa tak makan di siang hari, lapar dan dahaga bukan isu utama. Tapi nak mengawal diri dari hawa nafsu mata telinga dan mulut tu yang mencabar sikit.Aku ni suka duk berkuntum kat forum. baca macam-macam isu. So bulan puasa kena la kurangkan baca isu yang tak berilmiah. Kena duduk kat bod agama je selama sebulan.

Korang berbuka apa semalam? Mesti bestkan? Biasa la hari first puasa mesti semangat je kan. tak kira la yang masak ke or beli kat bazaar. mesti meriah je atas meja. Aku semalam takde la beria sangat masak. Masak main dish based on hubby nyer request. Semalam dia request sup tulang. Untuk side dish aku ada dua jenis iaitu goreng kangkung sos tiram dan telur dadar lobak asin. Air plak soya kotak yang memang dah sedia ada dalam peti ais. Simple tapi menjilat pinggan jari. Kuih memang tak beli. Malas nak menjengah bazaar ramadhan. Next week kot baru beli kuih. tu pon kalau jiran aku dah start buka gerai kat simpang jalan masuk taman umah kami. Kuih jiran aku jual best. Feveret aku donut ngan karipap dia. Laki aku plak suka sardin roll. Atleast beli ngan dia dah tau sedap. Pergi bazaar belum tentu sedap. Harga bukan murah sangat pon. Aku tak snap plak juadah berbuka semalam. Boleh tak sebelum berbuka dah ambil hp nak snap gambar. Pastu Afiqah sibuk suh amik gambar dia. Terus lupa nak snap gambar. Dah separuh makan baru teringat. huhuhu.

Laki ku antara feveret dia ialah sup tulang. Tapi faham je la kalau nak masak tulang nak kasi empuk betul-betul memang makan masa. Sebelum ni kalau nak lunch sup tulang, pagi-pagi lagi dah start merebus tulang. Memang dua tiga jam atas dapur. Bukan je makan masa, tapi membazir gas lagi ada la. Lakiku kata kalau macam ini gayanya memang sup tulang masak weekend je la. Sedeh je bunyinya. Then sehari sebelum puasa kami pergi giant nak beli diapers ngan susu anak. Tetiba nampak pressure cooker 4L jenama ntah pape rege RM59.90. Ini yang manual tengkek atas dapur gas. Bukan electric punya ya. Dah lama dah lakiku ini bersungut nak cari pressure cooker tapi macam mahal sangat katanya. (Aku malas la nak cakap kat dia camni. "Ai bang, mesin pancing ngan joran beribu boleh beli. Takkan pressure cooker harga seratus dua takleh beli." tapi cam kejam je bunyinya.) Hari tu bila jumpa yang bawah seratus terus dia beli je. Satu lagi alasan dia taknak beli yang mahal takut beli tak guna. Tu tuju ke aku la tu. Semalam rasmikan la. Tengok macamana performance pressure cooker tu. Alhamdullillah sangat success. 45minit dah empuk tulang ngan daging. Like sejuta kali. Walaupun murah and takde jenama tapi sangat membantu aktiviti memasak saya dibulan puasa.

Tapi yang lawak, aku ni kan ulu sikit. Mana reti guna pressure cooker. Padahal umah parents aku ada je. Tapi sebab aku kurang cakna (ambil berat) tu yang blur je bila nak guna. Kelam kabut aku tutup api bila dengar bunyi wap keluar dari pressure cooker tu. Rasa bodoh gila time tu. Pastu bila nak buka takut meletup. hahaha. So aku stopkan then aku google camana cara nak guna pressure cooker. Sedeh sungguh nak guna pressure cooker pon siap google. Nasib aku tak kol mie aku tanya. Kalau tak memang kena gelak la. Rupanya aku kena masukkan dulu semua bahan kasi sedap, tunggu didih baru tutup. Lepas dah tau terus konpiden nak guna. Walaupun sebelum tu aku rasa betapa bodohnya diri ini, benda simple camtu pon tak tahu tapi takpe atleast aku tak terus membodohkan diri sendri and try to get info kat tenet. so semalam aku dah dapat new knowledge. Clap clap clap untuk aku.

Petang ni korang masak apa? Aku dah ada idea nak masak apa petang ni. Still lagi simple dish tapi bakal menjilat ibu jari kaki. Yang pasti main dish aku hubby dah tentukan. Dia nak makan ikan bawal goreng garing-garing. Untuk sayur, aku nak buat masak tumis labu air ala terengganu and tak dilupa telur dadar. Pastu ikan bawal kita cicah budu letak cili padi pedas-pedas. ayork dah meleleh air liur ku ini. Simplekan? kami memang tekak kampung sikit. Kalau lauk bandar ni, lakiku kurang sikit nak tambah menambah nasi. Tapi kalau aku masak camni, tak sedar dah dua pinggan. Memang puji pujiann la aku dapat Baru semangat aku nak terus memasak. Lagipon AFiqah pon memang suka makan makanan bersup. kalau masak merah ke kari ke dia tak berapa nak makan. Sikit sangat makannya.

Ok la nak sambung kerja plak. Tadi pening mengadap nombor. tu yang curi masa tulis entry. hehehe. SElamat berbuka ye korang. Kalau ke bazaar ramadhan jangan membazir ye. BYe. see you next entry.

Tuesday, July 9, 2013

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan: Selamat Berpuasa Semua

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan.

Malam ni dah bermula bulan Ramadhan. Bulan yang mulia, bulan untuk memburu ganjaran yang berlipat kali ganda. Bulan untuk mengawal hawa nafsu. Di bulan Ramadhan semua syaitan diikat. Kalau still tak dapat kawal tu tandanya bukan salah syaitonnn, memang dah tabiat diri sendiri.

Tahun lepas Alhamdullillah berjaya mengawal nafsu rambang mata tengok makanan kat bazaar ramadhan. Kat Kota Kemuning ni Bazaar nya kecik ya amat. Memang makanan langsung tak menyelerakan. Memang tahun lepas kalau pergi Bazaar pon just untuk beli air. Then balik rumah masak. Memang jimat sangat.  So tahun ni harapnya begitu la. Lagipon lakiku awal-awal dah get ready bahan mentah untuk masak. Menu pon dah siap susun. Jadi bininya takde alasan nak malas-malas. Lagipon sebagai isteri kena la tolong suami berjimat cermat.

Aku blog walking ramai duk cerita shopping baju raya. Yang dah siap tempah dua 3 bulan lepas pon ada. Kami sekeluarga tahun ni beserdehana la sangat. Aku ngan en suami selai baju raya pon lom beli. Afiqah ngan Afiq pon baru selai sorang. Pusing kedai dah berapa kali. Last2 beli baju untuk anak-anak pakai melasak je. Kesian tengok Kak Iqah baju ngan seluar banyak dah senteng. Baju siap nampak perut buncit. Afiq lagila tak banyak baju. Jadi baju raya hold dulu. Ada rezeki lebih boleh la beli lagi. Kalau tak, pakai je yang mana ada. Jadi aku tak kisah kalau baju raya takde tahun ni. Baju tahun lepas pon elok lagi. Kita tengok la bila nak dekat raya nanti macamana. Maybe mood tu belum datang.  

Lagipon en suami kena simpan duit. 22hb ni en suami nak kena operate lagi skali. Nak buang screw kat bahu. Walaupun insurans cover tapi tetap kena bayar co-takaful. Maximum rm1000. Memang la boleh guna duit simpanan tapi kalau tiap kali pon korek duit simpanan, nnt ada yg lg emergency time tu dah kering. So kalau boleh elak kita elak. Tu kata en suami la. Aku okey je.  Duit dia. Hahaha.  

Ok la. I semangat nak berpuasa esok ni. En suami dah kol cakap esok sahur nak makan apa. Poyo je macam takleh cakap kat rumah je siap kol bagai. Mesti ngah buhsan kat opis tak tahu nak buat apa. Tu yang baru ingat nak kol bini. Tau sangat laki aku. Kalau takde kol aku (mesej mmg dia tak layan. Wasting time katanya. Info lambat sampai.)sehari tu memang bz gila la. Kalau sekejap kol sekejap kol tu tanda takde keje. Sementara tunggu game kat FB full reload, kol bini isi masa lapang.

Untuk korang yang baca blog ni selamat berpuasa. puasa betul betul ye. Jangan yang yang yok, masuk dapur bukak periuk di waktu tengahari. nanti ada yang naik van jenazah. hehehhe



Friday, July 5, 2013

Aku Ada Satu Hobi: Membaca

Aku ni ada hobi baca kisah-kisah seram atau senang cakap citer hantu. Just baca okey. Kalau tengok movie ke gambar ke memang aku takut. Aku akan elakkan untuk tengok walaupun just iklan kat tv. Penakut tahap hampagas tapi tetap ada hati nak baca story seram and mistik. Aku suka baca kisah mistik ni kat forum. Untuk mengelakkan aku termimpi-mimpi tertengok gambar yang ntah apa-apa, aku akan scroll down dulu laju-laju. Kalau kat page tu x de gambar pape, aku boleh baca dengan aman. If ada, aku akan make sure bila dekat dengan gambar tu, aku cepat-cepat pejam mata and scroll down laju-laju. Gigihkan aku. Takut tapi tekad. Gitu.

Sepanjang aku hidup 28tahun (dah tua rupanya aku.kui3. baru sedar.) tak pernah lagi hijab aku terbuka and aku doa pada tuhan jangan dibukakan hijab aku langsung untuk nampak makhluk tuhan dialam ghaib tu. Aku tau memang aku tak mampu nak menghadapi kemungkinan tu semua. 

Tapi aku ada satu story yang sampai skang aku still tertanya-tanya bunyi apa yang aku dengar. Kisah ni berlaku satu malam kat asrama Gama Sekolah Menengah Teknik Terengganu (SMTT). Time tu aku form 5. Bilik aku depan tangga and tangga tu ada grill yang akan dikunci tiap-tiap malam after kul 11 kot kalau tak silap. ke kul 12. Dan yang pegang kunci grill itu adalah aku. so memang tiap-tiap malam aku memang kena pastikan grill tu berkunci.

Aku tak pasti time tu pukul berapa,tapi dalam 2lebih or 3lebih camtu. Memang time aku terjaga tu sunyi je, tandanya semua pon dah dibuai mimpi indah. (indah ke?) Tiba-tiba aku dengar macam orang buka pintu grill and berlari dekat koridor level dorm aku. Banyangkan tengah sunyi-sunyi tetiba kau dengar bunyi orang berlari-lari. Macam main kejar-kejar happy sangat. Jantung aku time tu dup dap dup dap laju giler. Dalam kepala otak ni, sape la yang tak tidur lagi ni. baru balik study ke apa. tetiba aku teringat yang aku dah checked grill sebelum lampu dorm semua ditutup. Memang dah kunci. Nak nangis weh time tu. nak try pejam mata buat-buat tidur. Memang tak dapat la. tetiba aku dengar bunyi pergerakan kat katil atas aku. Terus aku panggil adik dorm aku tu. Gamble je ni.  “Dikna tak leh tidur ke?” then dia jawab xleh. Aku pon terus ajak dia tido ngan aku. bersempit la kami di atas katil tu. tapi xpe, yang penting hilang takut aku. Pagi tu aku tanya adik na dia ada dengar apa-apa bunyi tak sebelum aku ajak dia tido ngan aku. dia pon dengar weh. Itu yg dia terus setuju menyempit kat katil ngan aku tu. sebab dia pon takut. And sampai skang aku tak tahu bunyi apakah itu. Dan aku pon malas nak pikir banyak. Ignorekan and menjalani kehidupan aku seperti biasa di SMTT.

Itula satu-satunya misteri yang pernah jadi dalam hidup aku. Tapi kalau adik beradik aku yang lain banyak gak story diorang. Macam akak aku skang, kurang sihat. Katanya tengah berubat ngan sorang ustaz. Dia cerita kat aku, ustaz yang sebelum-sebelum ni dia jumpa cakap ada saka yang suka kat dia. Tapi rasanya saka tu bukan saka keluarga la. Maybe saka tak bertuan yang tersuka kat dia. Tapi yang tak tahan sempat lagi poyo-poyo cakap, diakan baik sebab tu benda tu suka kat dia. Aik! Dah macam hepi plak ada benda-benda camni suka kat dia. OK la. dia kuat leh terima benda-benda camni. Tapi aku xnak. Sebab aku tau aku tak kuat mana. Lagipon sebelum-sebelum ni ada gak cerita-cerita yang tak best jadi kat dia. Tapi aku malas nak amik pot sangat. Dia cerita kat kak lang ngan mie aku la. aku memang tak tahu sangat.

Abg aku plak ada gak cerita tersendiri. Masa dia kecik-kecik (x sure umur berapa), dia dengar orang ketuk pintu rumah. Dah la time tu heboh cerita pasal sorang sultanah yang mangkat dari negeri tuttt ngah cari sedara mara ngan pergi kerumah-rumah. Yang aku tertanya tu, kita ni ada related ke ngan sultanah tu yang dia nak ketuk pintu rumah kita. Xde kan? So kejadah hape ko nak takut lebih. Tapi abg aku sampai sekarang xleh tengok gambar  sultanah tu. dia pergi ke muzium diraja negeri tu. dia kata gambar sultanah tu macam hidup. Memang time tu meremang semua bulu roma dia. Jawapan aku, wallahualam. Aku pon tak pasti. Tapi biasa la muzium-muzium ni kan macam keras sikit. Sebab tu aku takut nak gi muzium. Laki aku lama dah nak ajak aku gi Muzium negara. Tapi aku bagi alasan ada anak kecik tak sesuaiiiiiii okey.

Lagi satu abg aku yang sama juga cerita kisah dia on the way nak balik KL ikut jerangau jabor. Dia ni memang jenis suka balik pagi-pagi hari. Kalau tak kul 1 ke atas, xdenya dia nak gerak balik. dulu aku pernah gak balik ngan dia kul 1 2 pagi. dah la aku yang kena drive dulu bagi dia tidur. Memang aku pandang depan je la. focus. Time dia kena kacau tu dia balik sorang-sorang. Dia kat area Cheneh time tu, kat situ memang network coverage memang kejap ada kejap xde la. lagipon kanan kiri sawit je. Ngah drive, dia pandang cermin pandang belakang. Hambikko ada benda putih rambut panjang ngah kejar kereta dia. memang dia terkejut gila siap tertekan pedal minyak lagi. Nasib jalan time tu lurus. Kalau tak memang terbabas la. Time dia cerita tu nampak dia tetap ada rasa takut. Serius dia dah nak menangis (padahal dah nangis tapi xnak mengaku la tu. takut ilang macho.hahaha), nak kol GF dia (skg dah wife dia) xpat sebab xde coverage. nasib benda tu tak buat jahat lagi. Just main kejar dari jauh je then hilang.


Memang kalau aku kena cam abg aku tu tak tahu la jadi apa. SEbab tu bila bawak kete malam, cermin pandang belakang memang aku angkat keatas. Alasan nak elak silau. Padahal takut. Huhuhu. Cermin sisi pon kalau boleh nak elak tengok. Takut weh.  Tapi tu la, dalam penakut aku tetap nak juga layan citer seram meram ni. SEbab taknak takut sorang-sorang, tu yang aku tulis cerita ni nak bagi korang takut sama. Hahaha. Tapi kalau korang rasa tak seram jangan la gelakkan aku plak. Sebab aku bukan pandai pon bercerita nak bagi effect seram semua tu. K la stop sini dulu. Kalau ada masa aku story lagi cerita-cerita dari kakak-kakak ngan abang-abang aku k. See you next entry ye. Bye-bye.

Thursday, July 4, 2013

Makan Makan: Mohd Chan Restaurant (Chinese muslim) : Kota Kemuning

Assalamualaikum.....

Setelah sekian lama planning nak pergi try makanan kat Restauran Mohd Chan (MC), akhirnya semalam berjaya juga merasa makanan kat sana. Restauran ni last year baru buka cawangan dia di Kota Kemuning. Sebelum ni aku biasa lalu depan kedai dia kat Seksyen 15 Shah Alam. Tapi sebab always la sorang-sorang kalau pergi sana (pergi ambank bayar loan kereta) so tidak la nak masuk makan. Kebetulan semalam pergi bank dekat ngan area MC restaurant ni so kita singgah la ye.

Semalam kami order nasi putih, tom yam seafood, butter prawn, daging masak black papper kot plus air satu sorg. Aku amik Mango QQ jelly, hubby Jus epal asam boi and afiqah air ribena. Afiq amsyar sila tengok sahaja. Semua skali rm73.

Penyebab utama aku nak sangat try makan kat sini is butter prawn. First time aku makan butter prawn kat bukit kemuning.  Memang sedap sangat. Cukup rasa. Memang kedai Chinese tapi ramai gak Malay (muslim) makan kat sini. Sebab time ni orang bawak (vendor) and diorang kata halal. So aku taknak pikir bukan-bukan la. Tapi untuk pergi skali lagi sendiri tak la kot.  Dah banyak kedai aku pergi and try butter prawn tapi semua mengecewakan. Will see macamana plak kat MC ni.


First tengok gambar dah passed. So kita order. Satu plate ni harga rm25. Bila sampai, passed sebab sama yang aku harapkan. Yang penting serdak dia tu kena cantik and kering. Tak berminyak or lembik2. So lets try. Hmmmmmm…… Dari segi rasa tak mengecewakan aku. Tapi still xleh lawan kedai yang first aku makan tu. dia punya serdak, bahan perasa semua sekata. Bila ko makan, xde la yang sini masin sikit, tawar sikit. Untuk MC ni, rasa dah sedap, Cuma kadang bila makan serdak tu, aik boleh rasa telur yang tawar. Tapi kalau kena yang betul, memang cukup rasanya. Harap korang paham apa yang aku maksudkan la.

dalam gambar nampak macam pedas..
tapi yang aku makan semalam kaler dia pucat-pucat sikit sebab mcm letak santan/susu.

Tom yam seafood dia aku suka. Small portion harga rm15. Berbaloi sebab walaupun small boleh makan untuk 3-4 orang. Tomyam dia lain sikit dari kebiasaan tomyam yang aku makan sebab macam ada masukkan santan or susu sejat. Pedas pon light light je and sesuai la kalau bawak budak kecik cam Afiqah. Kalau ikut selera mama dia ni, memang tak makan la anak aku tu. Suka betul Afiqah ngan tomyam tu. 3 mangkuk dia hirup kuah. Afiqah memang feveret dia kalau kuah-kuah or sup sup ni. KIra bila Afiqah makan berselera means tomyam dia sedap la tu.


Daging black papper tu ok la. Harga lupa la plak. Resit ada ngan lakiku itu. Yang tu lakiku makan banyak sebab dia memang feveret daging-daging ni. seafood suka juga tapi ikan la. Kalau udang dia kurang sikit.  So bila lakiku makan habis means ok jugak la tu. dia xde complain apa-apa kira MC ni passed la piawaian kami. Laki aku ni kalau tak best memang dia berzikir la kat telinga aku cakap tak berbaloi apa semua. so bila xde bunyi bunyian kira dia suka. Nasib sebab aku yang ajak dia makan.
Air lakiku ngan AFiqah sedap la. Tapi air yang aku pilih rasa macam air ubat la plak. Hahaha. Tapi dalam rasa air ubat tetap habis jugak aku sedut. Dah itu je air yang ada. takkan nak bazirkan. So minum je la sampai habis.

Aku bagi 3.5bintang untuk restaurant Mohd Chan ni. Service pon laju, and kedai pon bersih. Makanan dia sedap untuk dimakan tapi tak la wow sampai ko teringat-ingat sampai sekarang. But still worth it la bagi aku. so kalau korang nak try boleh la pergi ke cawangan yang berdekatan dengan tempat korang. Kalau korang tak pasti kat mana boleh chekidout dianya website www.mohdchan.com.my . Kat situ ada menu and info berkaitan ngan kedai diorang. Aku pon xde nak ambik gambar makanan yang aku makan. Semua aku amik dari website diorang je. so credit all pictures to Mohd Chan website.


Nota kaki:- entry ni hanya pendapat aku sebagai seorang customer. Takde dapat komisyen pape pon buat entry ni ye. Just bagi review kot ada yang tengah usha-usha kedai ni and still konpius ok ke x. Tapi kalau tak kena selera korang jangan salahkan aku plak. Ni ikut selera tekak aku la. lain orang lain pendapat. Ye dak? 

Tuesday, July 2, 2013

Spaghetti Bolokwok: Santapan tengahari aku.

Tengahari tadi balik rumah (setiap hari pon camtu), tak tahu nak makan apa.
Biasa aku main tapau je makanan kat kedai.
Harini macam tak tahu nak makan apa la plak.
Sampai umah, buka cabinet tgk kot-kot ada spaghetti.
Yeyyy! Ada, tapi lupa plak kat umah xde simpan stok prego.
Jadi kita buka peti tgk apa yang ada.
Daging cincang ada, cheese ada, tomato buah ada. Ok set.
Amik bawang merah and bawang putih, kita potong dadu.
Tomato buah pon kasi potong dadu.
Sebelum tu kita kasi rebus spaghetti cukup utk aku makan sorang.
Panaskan olive oil, kasi tumis itu bawang putih and merah.
Campak itu daging kisar and tomato yang dah potong dadu tadi.
Masukkan cili sos and tomato sos, tumis sampai mengelegak.
Tambah garam, black pepper and Cajun apa ntah aku jumpa dalam peti. (laki aku beli)
Cajun ni aku tambah nak bagi pedas sikit sebab cili giling dah habis.
Then tabur cheese, kacau sebati, amik spaghetti yg dah rebus campak sekali dalam periuk.
Siap.  Gila kentang punya senang. Tak sampai 10minit dah siap. 5 minit dah licin masuk dalam perut.
Inilah resepi orang pemalas macam aku. heheheh.

Walaupun sangat cikai, tapi tetap sedap. (bagi aku la.) 

Inilah rupa hasil spageti bolokwok dari aku. 
Aku pon biasa buat spaghetti ni untuk AFiqah kalau tak tahu sangat nak makan apa.
AFiqah pon suka. Resepi yang mudah, ringkas, sihat dan sedap. (ayat tak menahan.)