Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Monday, April 29, 2013

Demam & politik sana sini

Assalamualaikum.

Last entry cakap Afiq Amsyar demamkan.
Rupanya demam naik campak air yang halus tu.
Alhamdullillah, sekarang dah sihat walafiat.
Tapi last Friday, aku plak demam.
Malamnya dah rasa seram sejuk.
Tak pernah-pernah pakai selimut.
Tetiba malam tu, keluar bilik cari selimut.
Laki aku dah pelik. Hahaha.

Pagi Jumaat tu tetap pergi keje walaupun badan sakit and kepala berat.
Memang rasa tak sedap badan sangat. 
and breast still sakit.
Ok, lupa nak inform.
Aku demam sebabb breast kena bengkak susu. 
Selama ni kalau lambat pam pon tak la sakit camni.
Ni sakit sangat. 
Tapi sakit kat satu tempat je pon.
Maybe ada saluran yang tersumbat.
Walaupun Afiq Amsyar dah hisap.
Dah pam semua.

Nak masuk ke tengahari makin sakit badan.
Dah tak tahan, lunch hour pergi klinik.
Doctor cakap aku demam and bagi 2 hari MC.
Kita balik umah rehat la.
Afiq Amsyar ngan Kak Iqah petang baru amik.
Mama penat ngantuk nak tido. 
sampai umah tak tunggu lama terus pengsan.
Doctor ada bagi antibiotiks. 
Tapi aku tak makan pon. 
Sebab takut ada effect kat Afiq Amsyar.
Dah sah-sah antibiotik ni discharge melalui susu and urine semua.
Laki aku dah takut-takutkan aku.
Suh makan juga antibiotik tu. 
Nanti bernanah sape susah.
Aku cakap kalau aku makan antibiotik tu, nnt Afiq Amsyar nak minum susu apa.
Kalau anak dia tu nak minum botol kat umah takpe jugak.
Ni dia sanggup berlapar dari isap susu dari botol kalau kat rumah.
Now dah sihat pon. 
Breast pon dah tak sakit.
Jangan la sakit lagi lepas ni

Citer pasal politik, biasala selagi tak habis election selagi tu mengadap la kan.
Aku ni tak de fanatik mana-mana parti politik
Aku adalah manusia yang pegang undi adalah rahsia and nak sokong mana-mana pon biar sederhana.
Kadang kalau orang tanya aku pasal politik sure aku jawab no komen
tapi bukan bermakna aku tak amik peduli
tapi aku rasa biasa yang bertanya ni lebih terdorong kepada satu pihak sahaja
Jadi baik aku jawab no komen, sebab kalau aku silap cakap terhentam pihak yang dia sokong.
Harus aku yang kena bom lepas tu.
AKu masih ada masa lebih kurang seminggu lagi untuk menilai siapa yang harus aku pilih.
Sorry la kalau ada yang fanatik nak mempengaruhi aku dengan apa dakyah sekalipon
sebab aku tak akan dengar cakap orang fanatik
Semoga 5hb nanti aku diberi ilham oleh Allah s.w,t untuk undi siapa ok.

Ok la kawan-kawan.
Selamat Mengundi. Keluarla mengundi dan pilihla calon pilihan anda.
Anda penentu masa depan negara.


Tuesday, April 23, 2013

Afiq Amsyar Demam


Assalamualaikum.

Anakanda bujangku demam la plak. Since pagi semalam badan dia macam dedar sikit. Dia pon xleh kena tinggal langsung. Mesti waaa menangis. Tengahari kak yah mesej cakap badan Afiq Amsyar panas. Kak yah pakaikan cool fever and basahkan kepala dan badan dia. so semalam dia a little bit cranky la. tapi bila pujuk dia ok. Petang pergi ambil Afiq tengah tido.

Malam tadi walaupun dia demam, tapi dia ok. Kerap berjaga juga tapi bila sua susu dia isap and tido balik. Panas sangat dalam mulut dia. sebab tu dia kerap menyusu sebab dahaga kan. Aku sejukkan badan dia dengan aloe vera jelly and pakai kan cool fever.

ni gambar semalam.
   
Kebetulan plak harini check up 3bulan. Sepatutnya kena cucuk la. tapi dah demam next week la jawabnya. Nurse check suhu 38.3. Nurse tegur kenapa tak bawak klinik terus malam tadi sebab baby suhu 38 dah kira bahaya. Boleh sebabkan sawan tarik. Ni la jadinya kalau anak sulong duk ngan parents. Jadi macam orang takde pengalaman jaga baby jugak la.  Nurse terus suapkan ubat. But still kena pergi klinik jumpa doctor. Ok fine. I will.

Dak demam with mama odw nak gi klinik.

Balik rumah, tengok badan Afiq dah start berpeluh. And time pergi klinik, doctor check suhu dah turun ke 37.5. Alhamdullillah. Kak Yah dah risau. Dua tiga kali called tanya condition Afiq. Siap pesan, kalau aku nak pergi kerja xpe, antar je Afiq kat umah dia walaupun demam. Dia boleh jaga.  Sebab tengok Afiq dah macam ok, dah boleh gelak2, so aku decide pergi keje and antar Afiq ke rumah Kak Yah.  Syukur sangat dapat Kak yah yang mengasuh Afiq. Sayang betul dia kat afiq. Dah la ada jugak orang tanya if dia nak jaga lagi budak. Dia taknak. Dia nak concentrate jaga Afiq ngan Haziq je. Amik lambat pon tak berkira. Siap Sabtu suh antar Kak Iqah umah dia lagi. Aku kalau Kak Iqah tu kecik lagi memang nak je antar umah Kak Yah terus. Tapi memikirkan Kak Iqah dah besar, and duk kat taska dia boleh belajar. Tu yang tak jadi.


hello semua. Saya demam tapi saya tetap buat gaya gwiyomi.

Hopefully dak mangi-mangi mama sihat and tak nak demam-demam lagi. Bila cakap Afiq demam semua cakap maybe demam nak ringankan badan. Ye la, nak meniarap, tapi tangan tak lepas lagi nak tarik. Perut berat sangat tu. huhuhu. Kepala dah lepas. Buntut dah terangkat untuk tarik tangan keluar. Tapi tak lepas jugak. Chekup tadi pon taknaik banyak beratnya. 6.5kg je. tak sampai 1kg naiknya. Tapi xpe. Still cantik grafnya and Afiq pon aktif je sebelum ni. menyusu pon ok. No need to worry.
Ok la. 

See you next entry. 

Peace!!!!

Monday, April 15, 2013

Afiq Amsyar Nursing Strike


Petang semalam a bit stress coz Afiq Amsyar buat perangai taknak DF. Dia punya meraung ngan geleng kepala kanan kiri taknak hisap nenen macam sakit-sakit je. Tapi time tido, alhamdullillah dia hisap jugak walaupun muka time menghisap macam tertelan biji getah. Stress sungguh hamba. Pagi ni, mula-mula dia reject juga, tapi aku angkat dia, peluk dia dalam posisi nursing, then alas bantal kat bawah dia. Cik N aku halakan ke tepi pipi dia. Lama-lama dia palingkan muka dia and start licking with his tongue. Dekat setengah jam gak aku biarkan, then akhirnya dia hisap juga. Happy sikit hati. Tapi risau plak skang sebab bila duk ngan BBsitter dia minum ngan bottle. So aku risau dia buat balik macam semalam.

Dah la papa dia takde kat umah dua hari, sabtu ahad dia buat perangai menangis di petang hari. Nasib la neneknya ada kat umah. Boleh la baca-baca apa yang patut. Kalau mama sorang. Harus menggelabah la tak tahu nak buat apa. Maybe dia rindu papa dia kot. Or dia serabut or campur dua2. Sabtu tu kakak aku sefamily dtg. Kakak aku tu dia kata dia banyak benda mistik. Dia kata. Aku tak tahu betul ke tak. Dia datang je. petang tu terus Afiq melalak. Hahaha. Jahat je aku. xde la. Maybe Afiq terkejut. Sebab kat umah K.Yah (BBsitter) buaian terjatuh tepi dia. memang dia menangis terkejut k.yah cakap. Balik umah kak iqah  plak over sb orang ramai kat umah dia. Pergi cubit Afiq kat dada time tido. Then bagi kaki. Terkejut lagi kawan tu. tu yang jadi macam tu.  Lepas nenek dia bacakan ayat quran tertido dalam pelukan nenek dia.

Ahad plak gi umah kakak aku kat Gombak. Kat umah tu memang lagi tahap hard core punya bising. Sampai-sampai ok la dia tido dalam bilik. Dah ke petang semua bantai berkumpul dalam bilik tu. Dia dah la mengantuk, nak hisap susu, lepas tu orang tu panggil, orang ni bising, dia nak isap susu pon tak tenang. Stress terus tolak taknak DF. Sampai la balik umah pon merajuk ngan mama taknak DF. Menangis-nangis lagi semalam. Nenek dah baca-baca, still nangis. Nenek dia bagi aku pegang sebab nak semayang maghrib, nenek dia sapukan air wuduk ke muka dia. slow sikit nangis. Aku peluk, tepuk-tepuk, last-last tertido.

Sedih hati ni bila Afiq taknak DF. Tapi cuba buang jauh-jauh rasa negative tu. Aku akan make sure issue Nursing Strike ni takkan berlarutan and  jadikan isu ni sebagai alasan untuk tidak teruskan BF Afiq Amsyar. Banyak sebab kenapa boleh berlaku nursing strike ni. Kalau nak tahu nanti la aku listkan erk kat entry lain. Malas plak nak copy paste kat sini. Tapi macam kes Afiq Amsyar, stress dengan keadaan sekelililng pon antara factor berlaku Nursing strike ni. Cara nak mengatasinya? Aku pon tak pasti. Tapi seperti yang diceritakan diatas, nampaknya sedikit berjaya. Tapi tips paling penting, kesabaran ibu menangani anak yang Nursing strike perlu tinggi. Tips kedua: cuba menyusu di tempat yang sunyi. Kosentrasi anak tidak akan terganggu. Tips ketiga: perbanyakkan skin to skin dengan anak anda supaya dia kembali boleh detect bau ibu nya.  Next time aku sharekan lg pasal Nursing strike ni ye. Arini macam malas plak nak menaip. Sambung di next entry.

Saturday, April 13, 2013

Sabtu Serabut


Stress je aku pagi ni. 
Pagi ni kerja. 
Sebab duit dalam purse ada 4hinggit je (harap purse je besar. duit yilek) so singgah la petronas Kota Kemuning nak withdraw duit kat atm. 
Style aku, bawak masuk card atm je. 
skali bukak purse tengok dua-dua card atm dah takde. 
Nasib dalam kereta. 
Bukan depan atm machine. 
Shock kejap sebab tak tahu bila card tu hilang. 
Last aku withdraw duit adalah dua hari lepas. 
Semalam ada buka purse amik cc tak perasan plak atm card ada ke tak. 
Tapi rasanya ada. 
sb kalau takde mesti aku dah perasan.  
Mungkin Kak Iqah main. 
Kebetulan mak ngan anak buah ada kat rumah, so mintak kak long carikan. 
Habis satu rumah geledah, tak jumpa. 
Dalam kereta pon dah cari pon x ada. 
Dah la en suami xde kat rumah skang, pergi trip mancing 3hari 4malam. 
Duit belanja dia bagi pon dalam bank. 
Memang terbaik la. 
Sebab risau emergency nak pakai duit, aku transferkan duit ke acc bank my BFF mama Na and lepas balik keje jumpa dia kat shah alam ntuk amik duit. 
Aku pon dah buat report card hilang in case bukan Kak Iqah yang main. 
Isnin ni ke CIMB n HLB la ambe buat card. 
Kena charge pon kena la. 
Janji duit dalam acc selamat. 
Terus takde mood nak buat keje. 
Dah la boss masuk pagi ni. 
walaupun takde mood kena buat-buat rajin jugak la. 

Tuesday, April 2, 2013

Aktiviti Tahunan: Reward Diri Sendiri & Airasia Free Seat

Assalamualaikum.

Last week, I'm a little bit busy with work task. Dah promised nak buat entry tentang breastpump. Hahaha. Sampai sudah tak siap-siap lagi. Baru nak mengadap, ada je benda nak buat. so sampai skang kita perap dulu la ye. Lagipon maybe ada yang buhsan duk citer pasal kisah menyusu je kan. Nanti ada yang duk kata me obsess ngan breastfeeding plak. No no no. Saya tidak obsess but just wanna share my experience yang saya tak dapat buat pada Afiqah Humaira. I'm really enjoying my breastfeeding journey. But we talk about that later ok.

Today nak story activity Ahad lepas. Since jadi mak orang ni, aku jarang spent money untuk diri sendiri. Before pergi jalan kemana-mana bukan main lagi ni dalam fikiran nak beli baju la, seluar la untuk diri sendiri. Tapi bila smpai masa, satu pon takde. Planning nak beli benda lain, last-last beli benda lain. Benda lain tu for sure la untuk anak-anak tercinta. Lepas baju anak, baju anak lagi. dan seterusnya pon baju anak. Aku rasa semua mak-mak kat luar sana macam tu la. Takpe sendiri rotate baju tahun-tahun sudah. Anak-anak lebih penting.

Jadi Ahad lepas, aku ambil peluang untuk mereward diri sendiri dengan shopping ikut nafsu. Setahun sekali je pon. Thanks to en suami sebab sudi menjaga Afiq Amsyar and Mama n Kak Iqah dapat bershopping sepuas hati. Kak Iqah follow je mana mama pergi. Biasa kalau nak beli apa-apa akan tanya pendapat en. suami. Tapi kali ni dia tunggu luar kedai ngan Afiq Amsyar, so Kak Iqah la tempat mama bertanya. Tiap kali tanya Kak Iqah cantik tak baju ni Kakak. Jawapan Kakak sama je. "Cantikkkkkk Mammmmaaaa." Satu pon xde yang tak cantik. Hahhaha.

Hasil dari bershopping ikut nafsu, aku berjaya sambar 5helai baju kemeja (skang kena beli baju nursing atau yang butang depan je sb senang nak pam susu or DF Afiq Amsyar), 3helai nursing bra, 2pasang kasut dan sepasang selipar untuk aku. Tak dilupakan juga untuk anak-anak, 3helai baju setiap seorang and untuk en suami sehelai kemeja dan sepasang selipar. Siap tak tahu berapa banyak duit hangus hari tu. tarik-tarik je duit dalam purse. Like i told before, shopping ikut nafsu. Kalau tak, nak beli baju sendiri harga 20hinggit pon aku berkira. Untuk anak-anak and makan memang aku tak kisah nak spent lebih. Memang jenis aku camtu. sebab tu aku amik sekali dalam setahun untuk reward diri aku. Tahun lepas dah buat gila habiskan duit kat Bandung. sebab tahun ni tak berkesempatan nak melancong lagi, so kita shopping kat Aeon Bukit Tinggi sudah. Lepas dah balik shopping baju, shopping barang dapur plak. Puas hati aku. Senyum sampai pipi. En suami senyum gak sebab aku dah upah baju, makan ngan beli barang dapur. Kalau tak, mesti suh aku cepat-cepat. Afiqah and Afiq Amsyar pon sangat gud. Kerjasama yang baik.

Korang tau tak skang Airasia ngah buat promosi untuk Jan - April 2014 punya flight ticket. Booking boleh buat since today until 7 April 2013. Korang boleh masuk ke website diorang ye. www.airasia.com. Tadi aku ada gak jenguk sana. Tak mudah nak dapat free seat promo ni. sebab limited. Tadi aku dapat gak ticket ke Hat Yai, RM 541.00 untuk 4orang. Called en suami tanya nak ke. and dia kata ok gak tapi taknak study dulu ke before beli. Aku macam, kalau tak beli skang xde plak ticket murah tu. En suami kata ok la, tempah je la. kita pikir kemudian yang lain. Tapi kalau nak gi Hat Yai, Langkawi kita tak yah pergi la tahun ni. Kiranya simpan duit yang planning nak gi Langkawi nnt untuk ke Hat Yai. Dah nak masukkan guest name dah ni, tiba aku macam xde mood plak nak gi Hat Yai. Called en suami lagi skali cakap tak yah la Hat Yai. Kita gi Langkawi je la. So tak jadi la cuti-cuti naik Kapaltubang (bak kata Kak Iqah). Sian Kak Iqah, sokmo ajak mama ngan papa naik kapaltubang. Next time la Kak Iqah. Bak kata papa, kita kumpul duit gi jalan jauh sikit.

Ok la. nnt ada masa kita sambung story mory lagi k. bye  semua.