Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Tuesday, July 10, 2012

Bertemu kembali: 10 hari lagi nak sambut Ramadhan

Assalamualaikum semua..

lama jugak ye saya tak mengupdate blog yang memang sedia lemau ni ye.
serius, bukan tak de masa, tapi lebih kepada malas.
kalau ikutkan hati, rasa macam nak tutup terus je blog ni.
coz rasa blogging ni macam tak ngam je ngan saya.
ye la, tgk orang lain, macam2 benda nak cerita kat blog.
tapi saya, rasa macam takde yang interesting pon untuk di share.
kalau ada pon, senang share with orang sekeliling yang betul2 rapat ngan saya je kot.

tapi, bila pikir balik, banyak lagi benda yang baik yg boleh di share kat blog ni.
kalau tak suka share kisah peribadi, boleh share tentang perkara ilmiah.
jadi, rasanya tak perlu la saya tutup blog ni kan.

10hari je lagi bulan ramadhan bakal menjelma.
mesti semua kawan2 dah tak sabarkan nak memulakan ibadat puasa.
dah bersedia nak tukar rutin sehari di bulan ramadhan.
Isteri dan ibu mesti bangun sebelum imsak bagi menyediakan juadah bersahur.
si suami, boleh la tidur2 dulu kan sementara tunggu untuk sahur.
kalau ada anak2 yang baru nak belajar berpuasa, mesti lagi kelam kabut ibu2 nak kejutkan bangun sahur.
kalau tak dikejutkan, mesti ada alasan tak tahan lapar di siang hari.

petangnya pula, bersiap2 kaum wanita menyediakan juadah berbuka puasa.
tahun lepas, alhamdullillah saya berjaya memasak sendiri juadah berbuka puasa.
walaupun bukan sepenuhnya 30 hari, tapi boleh dikatakan 2/3 bulan ramadhan.
juadah yang saya sediakan pon sangat ringkas. kadang hanya satu dua lauk sahaja.
suami saya bukan seorang yang cerewet.
kalau masak style kampung lagi dia suka.
tak perlu makanan yang pelik2.
ada ikan goreng dengan sambal belacan/budu sudah boleh buat dia menambah nasi dalam pinggan.
nak buat macam mana, made in terengganu. orang kampung lak tu.
tapi, kesimpulannya banyak duit yang boleh dijimatkan kalau masak sendiri di rumah.
kalau pergi ke bazar ramadhan, nafsu mata tu, menggoda goda.
semua benda rasa macam nak makan. balik rumah baru datang rasionalnya.
baru perasan, yang telah berlaku pembaziran.
tapi apa boleh buat, terlajak perahu boleh diundur.
telajak berbelanja, lu pikir la sendiri!hehehe.

malamnya pula, mesti semua pon nak menjalankan ibadat terawikhkan.
aktiviti duniawi pon berkurang bila masuk bulan ramadhan ni.
dalam facebook ada orang post tentang bagaimana cara nak khatamkan alquran sebulan di bulan ramadhan.
kiranya sebelum saya menutup entry saya yang panjang ni, meh saya sharekan dengan kawan2 caranya.
ni dalam bentuk bergambar. kalau kawan2 nak baca artikel yang author tu tulis boleh klik kat SINI.


Semoga ini dapat memberi maklumat kepada kawan2 semua. 

baiklah, sampai sini je dulu entry saya kali ni. untuk next entry tak tahu bila lagi.
mungkin before puasa, time puasa, atau lepas raya.
sebelum saya berundur diri, saya ucapkan:

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DI BULAN RAMADHAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DI MALAYSIA DAN SELURUH DUNIA.

takut datang malas update blog tak terucap plak kat kawan2 semua.
harap2 tahun ni dapat berpuasa penuh sebulan.
Insyaallah kalau diizinkanNYA.