Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Friday, December 30, 2011

Most Precious of 2011!!!

Sangat cepat masa berlalu. 2011 bakal melabuhkan tirai sehari sahaja lagi..

Rasanya baru sangat sambut New Year 2011 and tomorrow midnight nak countdown for 2012 lak...
Adakah azam tahun 2011 anda telah berjaya dicapai??atau masih banyak yang tertinggal??
For me, 2011 mengajar pahit manis kehidupan...
apa erk berlaku sepanjang 2011?? 

Pencapaian secara peribadi...
macam biasa, usia meningkat lagi setahun ke usia 26 tahun...OMG, next year means ak dah 27 tahun...
dalam usia 26 tahun, ak dah bergelar isteri dan mama kepada seorang puteri...
and yang paling best sebab akhirnya my only princess stayed ngan kitorang...
11 bulan Afiqah tinggal di kampung with my parents...
mesti ada kawan2 yang akan cakap...
"Huk aloh!!anak sendri suh mak ayah dia lak jaga.Pandai beranak jer, anak sorang xleh jaga ke??"...
If kawan2 x cakap pon, ak memang rasa camtu...ikut kan kami berdua memang nak bawak Afiqah tinggal ngan kitorang since after pantang lg...but my mom berkeras x bagi...
sebab utama, dia x percaya kat anak dia (aku ler tu) jaga cucu dia...
n sebab kedua nak bagi Afiqah besar sikit if nak hantar nursery....kebetulan banyak kes baby tercekik susu kat nursery time tuy...
and now Afiqah dah duk ngan mama and papa since August 2011...
luckily, kami memang x menghadapi masalah jaga Afiqah coz Afiqah mmg sangat kenal parents dia even x duk sama2...
kat nursery pon, dia sangat independent...Petang2 bila mama amik afiqah, teacher2 akan cerita Afiqah itu ini ngan nada yang sangat hepi...means diorang hepi jaga Afiqah...
Jadi, bila Afiqah dah membesar depan mata, ini lah pencapaian terbaik mama sepanjang 2011...
tiada apa yang baik selain sentiasa ada yang tersayang disisi...semoga Afiqah membesar menjadi anak yang solehah, pintar, cergas dan cerdas...amin

Untuk keluarga lak, stakat ni azam nak jadi isteri terbaik untuk en. ahmad farehan lom berjaya...
Tahun lepas kononnya, balik keje nak masak untuk makan malam, wat sarapan pagi untuk suami,
lipat baju tiap kali basuh baju, basuh pinggan terus lepas makan, sidai baju terus lepas basuh, kemas umah and banyak lagi...tapi sampai sudah x jalan gak...
yang sempat wat hanyalah time weekend...tuy pon kalau memang duk umah jer...
kalau kaki ni gatal berjalan, tak pepasal tertangguh...jadi kita postpone azam tuy ke tahun 2012 hokey??

Kerjaya plak biasa2 sahaja...masih bekerja di tempat yang sama dah nak masuk 4 tahun...
memang teringin nak cari kerja kat tempat lain, tapi rezeki belum menyebelahi...
and disebabkan AFiqah jugak mama berfikir banyak kali nak tukar kerja lain...
coz kat tempat skg, agak bebas...x payah nak OT...
boss pon sangat flexible and tak suka marah2...if ada emergency xla susah nak mintak cuti...
gaji mungkin la tak besar sangat macam kawan2 lain...tapi xla tertekan sangat keje kat sini...
keje hanya di tempat keje...balik umah dah leh lupa pasal kerja...


tapi paling sedih 2011 ni, my mom sakit agak teruk and admitted hampir seminggu kat hospital...
tapi banyak hikmah setiap apa yang berlaku...kami sekeluarga makin closed...
and x tunggu hari raya, kami adik beradik berkumpul walaupun hanya di hospital...
and now, my mom dah sembuh...and doa kami sekeluarga, semoga abah and mie, abah,su and mak(FIL n MIL) sentiasa diberi kesihatan yang baik dan sentiasa diberkati...amin..

Semoga 2012 akan menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk kita semua...Selamat Tahun Baru 2012 kawan2...


Saturday, December 24, 2011

Update Checlist...

Ntry kali ni nak update progress untuk pindah ke our home sweet home..


1. Dapat Kunci - Done
2.Check Defect - done, so far defect semua dah dibaiki oleh developer but for future kena tunggu masuk umah la kot...tp arap2 semua nya ok la...
3.Renovate Bahagian Belakang - permit dah dapat and keje dah 75% siap...dijangka next tuesday semua keje akan siap...
4.Grill - dah tempah and booking payment pon dah wat. tukang pasang tuy janji nak pasang esok but kami balik kg until monday...means after that baru leh pasang kot...
4.1 - tinted sliding door - ni baru last minute fikir nak wat and orang yang nak wat pon dah ada...just call and dia dtg pasang...kaler pilihan??hitam legam sampai tak nampak apa2 dlm umah...
5. Wiring - dah 50% siap...selebihnya this sunday diorang sambung wat...
6.Lampu & Kipas - done. beli kat bukit tinggi klang sebab time cari kat house of lighting puchong tutup...kedai yang kami beli ni pon harga pon murah...mahal seploh hinggit je dr kedai kat puchong tuy...
7.Curtain - done. dah siap amik pon semalam. tak sabar nye mau pasang langsir...hehhehe
8. Railing & Rod - done. dah beli and today mr hubby ngah pasang...saya kena keje so kena la dia uruskan sorang2...
9. Dining Set- Done
10. Living Room - Done
11.Master room - Done
12. 2nd & 3rd room - Done
13. 4th room - ngah pk nak wat utilities room or study room
14. Table Top - done. dah siap pon table top ku...concrete tiles jer pon...xder granite or solid surface...cut cost...
15. Kitchen Cabinet - Tunggu ada duit lebih. hehehe. sementara guna apa yg ada.
16. Packing Barang - dah 50% urusan packing...luckily my sis in-law ada kat umah..so dia tolong pack barang2 yang mmg jarang guna...
17. Basuh Rumah Baru
18. Sewa Lori - bapa hinggit erk satu trip dari bandar saujana putra ke jalan kebun. lom survey..hakhakhak...
19. Basuh Rumah Sewa
20. Serah Kunci Rumah Sewa
21. Pindah.- hopefully, time new year leh la pindah duk umah baru...yippi




for next entry nak share ngan kawan2 cost untuk renovation and semua yang perlu before masuk rumah baru...

Wednesday, December 21, 2011

Faedah Beristighfar...

Assalamualaikum semua...

Awal muharam 1433H baru bermula ketika itu dan saya berada di Tangkak, Johor bersama suami, anakanda dan adik ipar. dan baru hendak melelapkan mata saya menerima panggilan dari kakak saya yang menyatakan emak saya (mie) jatuh sakit dan dalam perjalanan ke hospital. Saya memang seorang yang manja, bila dengar mie sakit saya terus menangis...dan sekiranya adik beradik yang lain menghubungi saya ketika itu pasti air mata ini x akan dapat ditahan tahan lagi...jangan dipujuk kerana makin dipujuk makin saya meraung...jadi biarkan saya dengan dunia saya...

dan minggu lepas...ketika sedang menyiapkan kerja dipejabat, tanpa sebab yang pasti,tiba-tiba hati saya berdengup kencang dan kepala tidak dapat berfikir dengan tenang...kepala rasa seperti penuh sesak dengan pelbagai perkara..tapi sebenarnya kosong tidak berisi...hati sakit seperti orang yang sedang putus cinta sedangkan tiada siapa yang meninggalkan saya...saya seperti mau menangis tetapi tak bersebab menyebabkan ianya terbantut...pernahkah anda merasainya??

bila berlaku perkara sebegini, perkara yang paling baik ialah ambil air sembahyang dan sembahyang, mengadap yang Esa dan mohon bantuan dari Dia yang satu...namun ada ketika, ketebatasan masa dan keuzuran yang tidak membenarkan anda mengadap yang esa, Istighfar adalah perkara yang wajib dilakukan kerana ianya benar2 memberikan ketenangan kepada kita...Insyaallah...




Selain memberikan ketenangan banyak lagi faedah yang kita perolehi dari Istighfar ini...dan ketika melayari internet saya terbaca artikel berkaitan dengan istighfar dan ingin berkongsi dengan rakan2 faedah istighfar ini...jom baca...


FAEDAH ISTIGHFAR
Istighfar mempunyai banyak faedah baik didunia maupun
diakahirat,faedah tersebut ada yang memanag langsung kita rasakan
dan ada juga yang diakhirkan oleh Allah SWT sampai hari kiamat,
diantaranya:

1. Menghapus dosa,Istighfar menghapus dosa sebagimana api
membakar kayu baker,yang dimaksud disini adalah istighfar dalam
artian taubat.Allah berfirman: "Dan barangsiapa yang mengerjakan
kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia mohon ampun kepada
Allah, niscaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang"An-Nisa 110
وَمَنْ يَعْمَلْ سُوءًا أَوْ يَظْلِمْ نَفْسَهُ ثُمَّ يَسْتَغْفِرْ اللَّهَ يَجِدْ
اللَّهَ غَفُورًا رَحِيمًا
(النساء110)
Dalam hadist qudsi allah berfirman : "Wahai Hamba-hamba-
KU,Sesungguhnya kalian selalu berbuat dosa mala dan siang , dan AKU
mengampuni semuanya,jika kalian mohon ampunan kepada-KU,Aku akan
mengampuni"

2. Akan mendapatkan rasa aman dari azab baik secar khusus
maupun umum,Istighfar mengangkat azab bagi umat baik individu maupun
kolektif,yang disebakan oleh dosa yang dilakukan,jika beristighfar
dan beriman, Allah akan mengnampuninya, sesuai firman Allah SWT:
وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُعَذِّبَهُمْ وَأَنْتَ فِيهِمْ وَمَا كَانَ اللَّهُ
مُعَذِّبَهُمْ وَهُمْ يَسْتَغْفِرُونَ
(الأنفال33)
Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu berada
di antara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka,
sedang mereka meminta ampun ", al-Anfal:33

3. Kenikmatan yang baik, Allah akan memberikan kehidupan yang
lebih baik bagi mereka yang selalu beristighfar,mereka mendapatkan
rasa aman, damai dan ketenangan jiwa,Allah berfirman:
وَأَنْ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ يُمَتِّعْكُمْ مَتَاعًا
حَسَنًا إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى وَيُؤْتِ
كُلَّ ذِي فَضْلٍ فَضْلَهُ وَإِنْ تَوَلَّوْا فَإِنِّي أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ
يَوْمٍ كَبِيرٍ (هود3)
"Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat
kepada-Nya. (Jika kamu mengerjakan yang demikian), niscaya Dia akan
memberi kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu sampai kepada
waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberikan kepada tiap-tiap
orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya. Jika kamu
berpaling, maka sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa siksa hari
kiamat". Huud:3

4. Istighfar sebab turunnya hujan,salah satu sebab turunnya
hujan adalah banyaknya kita beristighfar, Allah berfirman:
فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا (نوح10) يُرْسِلْ
السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا
(نوح11)
maka aku katakan kepada mereka: 'Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, -
sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan
hujan kepadamu dengan lebat", Nuh:10-11

5. Istighfar sebab bertambahnya kekuatan,Istighfar mampu
menyuntikkan kekuatan bagi jasmani dan rohani,dan dengannya mampu
menanggung beban,Allah berfirman:
وَيَاقَوْمِ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ يُرْسِلْ السَّمَاءَ
عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا وَيَزِدْكُمْ
قُوَّةً إِلَى قُوَّتِكُمْ وَلَا تَتَوَلَّوْا مُجْرِمِينَ (هود52)
Dan (dia berkata): "Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu
bertobatlah kepada-Nya, niscaya Dia menurunkan hujan yang sangat
deras atasmu, dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu,
dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa." Hud :52

6. Menghilangkan kesusahan dan memudahkan rezeki,dengan
istighfar segala keluh kesah akan sirna dan rezeki akan datang
secara tak terduga,sebagaimana Sabda Rasulullah: Barang siapa yang
selalu beristighfar,maka Allah akan menjadikan keluhkesah
kegembiaran,kesempitan menjadi keleluasaan HR.Ahmad & Abu Daud.
Banyak faedah yang didapatkan dari istighfar, tentunya semakin
sering kita beristighfar semakin dekat kita kepada Sang Khalik,hal
tersebut hendaknya dilakukan secara mudawamah terus menerus tanpa
henti.Sesungguhnya kita adalah makhluk yang lemah kita membutuhkan
istighfar sebagaimana makan dan minum.Istighfar melepaskan hamba
dari perbuatan yang makruh menjadi mahbub (yang dicintai),yang
kurang menjadi lebih sempurna,mengangkatnya ke derajat yang lebih
tinggi/sempurna. Wallahu a'lam.


sekiranya mau membaca lebih lanjut artikal berkaitan boleh la layari laman web ini:http://pesantrenvirtual.com (Keutamaan Istighfar dan Tatacaranya)

Thursday, December 8, 2011

At Last After a Year...Got that Key!!!

Hello...
Sangat excited okey...
after a year waiting, at last we've got the key of our own home sweet home...
mcm baru dpt harini jer kan...padahal dah basi pon...last week lg dpt kunci...
tapi x sempat nak update about this SS story...

Inilah teratak comel kami...rezeki Afiqah Humaira...
walaupun kecik tapi insyaallah cukup untuk beri keselesaan kepada kami...
rasa gak jeles sikit2 tgk umah kwn2 besar2...umah ak jer paling kecik...hehehe
tapi buat masa sekarang, ini rezeki kami sekeluarga...
syukur la apa yang ada...nak demand lebih2  nanti sendiri gak yang susah...
ukur baju di badan sendiri...jangan ukur di badan gajah...ye dak???

comey je kan??Nombor umah: 33
senang nak igtkan??
even dah dpt kunci x semestinya leh terus pindah yer...
banyak benda nak kena settlekan before leh memulakan hidup di rumah sendiri...
macam2 benda nak kena uruskan...
and we decided nak tambah bahagian belakang umah yang memang sekangkang kera tuy...
kalau lepas nak masuk baru sibuk nak tambah cam serabut la kan...
but nak renovate pon bukan senang yer...
nak kena dapat permit dari MBSA luy...after that baru leh renovate...
nak cari contractor itu ini lagi...
luckily my hubby ada kawan yang leh wat keje ni...
and harga dia kasi pon mmg harga TERBAIK!!...

so sini nak share la sikit2 ngan kawan2 my checlist nak pindah rumah:

1. Dapat Kunci - Done
2.Check Defect - Waiting feedback from developers utk baiki kerosakan.
3.Renovate Bahagian Belakang - Still working on Permit from MBSA. hope this Monday dah leh start kerja.
4.Grill - after renovation siap.
5. Wiring
6.Lampu & Kipas - Dah survey. House of Lighting kat Puchong is the best. Harga mmg half dari kedai lain.
7.Curtain - dah tempah kat Nagoya. 23/12 jangka siap.
8. Railing & Rod - en. hubby kata nnt dia settlekan.
9. Dining Set- Done
10. Living Room - Done
11.Master room - Done
12. 2nd & 3rd room - Done
13. 4th room - ngah pk nak wat utilities room or study room
14. Table Top - skali ngan renovate
15. Kitchen Cabinet - Tunggu ada duit lebih. hehehe. sementara guna apa yg ada.
16. Packing Barang
17. Basuh Rumah Baru
18. Sewa Lori -
19. Basuh Rumah Sewa
20. Serah Kunci Rumah Sewa
21. Pindah.

Hopefully Ntry kali ni leh membantu kawan2 lain yang nak pindah rumah jugak. Kalu nak checklist in words pon ada...saya wat sendiri ngan bantuan blog2 n forum...hopefully kami leh pindah umah baru before February.


Wednesday, December 7, 2011

Rasa Mau Nangis....

Xtau nape...arini rasa resah sgt...
rasa mcm nak nangis...tp x der sebab...
malas nak pk tapi tetap menghantui fikiran ni...
nak wat keje pon berserabut jer kepala ni...
semoga dijauhi perkara yang buruk...

Friday, December 2, 2011

Me and Public Transport

Holla frenz...
this morning, dengar hotfm and hotchat adalah tentang anda dan public transport...
time study luy, bas adalah pembantu setia nak pg kemana2...
since duduk asrama, mmg banyak naik bas...
before duk asrama, memang ak sangat failed nak naik public transport coz...
nak ke sekolah mmg my dad akan antar and then amik me...
mmg my dad sgt x harap anakanda kesyangan dia ni naik public transport pon...
but bila masuk form 4 ak duk asrama, jadi kena la blaja naik baskan...
tuy pon jarang gak coz my dad still lg tabah untuk amik anak dia ni kalau balik weekend...
one day, ak decide nak balik sorg2 dari KT ke Koberang naik bas SP BUMI...
mmg xder kawan...ak sorg2 je...
dalam bas tuy mmg ramai sangat orang...penuh la smpai ada yg kene berdiri...tapi ak nasib agak baik...
jadi dapat tempat duduk...
so sedapla ak nak merenung masa depan...mata pon cam berat2 tapi sb panas x der la hati sgt nak tido..
ngah syok termenung...tb ak terasa mcm ada tgn yg tersentuh lengan ak...
yg peliknya tangan tuy muncul dari celah kerusi...cam tangan ajaib...
bila ak gerak kepala nak tengok tangan tuy, dengan sekelip mata tangan tuy hilang...
ak cam blur2...so ignorekan je la...maybe perasaan ak jer kot...
beberapa lama pastuy, ak perasan tangan tuy cam muncul kembali...
betul2 nak kena bahagian dada ak...then ak pusing ke belakang...
mmg cepat dan tangkas tangan tuy ilang...
dalam hati ak...sabar sabar...dalam kepala plak ngah mengatur strategi...
ak mmg dah nekad...kalau tgn ni muncul lg skali ak nak pulas tangan dia n nak jerit jer...
mmg jahanam la orang tuy..dia pk ak pakai baju skolah...balik sorg2 ak takut la...
mangkuk hayun tuy mmg silap...
seperti yg ak jangkakan...utk kesekian kalinya mamat tuy mencuba lg skali...
tapi kali ni ak wat mcm x tersedar...bila makin hampir kat dada ak...
ak ngap tangan mamat tuy x lepas n bangun...ak mmg bengang tahap gaban...
ak jerit kat mamat tuy..."WEI, BODOH, ADA HATI NAK RABA AKU...MU INGAT AK TAKUT KE..." mamat tuy tarik tangan dia...tekan loceng n terus berlari kuar dari bas...
orang semua tgk jer...xder pon nak tolong tahan mamat tuy ke...
walaupun ak x sempat tgk muka mamat tuy betul2 and xder sape yg sudi nak tolong tp puas hati dpt protect diri sendiri...makcik duk sebelah ak siap sabar2 kan ak lg...
lepas dari peristiwa ari tuy, kalau ak balik naik bas henti henti...ak pastikan ak duk depan skali...
kalau kene berdiri ak akan berdiri dekat dengan pintu...

so pada wanita2 dan gadis2 diluar sana, berhati hati la bila naik public transport ni...sb mmg ada manusia yg suka amik kesempatan...kalau naik bas, kalau boleh jgn la duduk kat bahagian yg terlalu belakang...